Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, July 27, 2012

3D & 4D scan!


Hyeeee!

I am too excited for 3D & 4D scan and at last today (27/07/2012) is the day.

I went with his Ende Su@Alang since his Papa@Pejal had other stuffs to do. Work work work. Hehe.

Here are some pixies of our cute lil baby boy!

Our baby boy is smiling :D
Our baby boy is sleeping :)

His current weight is 885g @ 26 weeks. Alhamdulillah he is one healthy baby boy.

We love you so much baby A. Cant wait to hold you in our arms. InsyaAllah. Amiinn. 

Wednesday, July 25, 2012

Doakan Mak kami ye..


Assalamualaikum...

Kami baru je melawat mak pejal yang disahkan menghidapi strok.. Sedih saya lihat apabila pejal sayu je melihat maknya hanya mampu terbaring tak seceria dulu lagi..

Eli doakan semoga mak cepat sembuh seperti biasa.. Dapat menyambut syawal nanti dengan suami, anak, menantu & cucu-cucu mak ye.. Mungkin ni semua dugaan untuk kita menghadapi bulan yang mulia ini, ada hikmahnya, InsyaAllah..

Eli pun nak mak tengok bakal anak adik (panggilan keluarga pejal terhadap pejal) dengan eli. Bulan 10 ni InsyaAllah eli lahirkan baby boy kami ni. Hehe..

Mak,
Eli kalau boleh nak bagi tahu mak yang adik sangat sayang kat Abah & Mak.. Cuma memang dia terlalu sibuk sekarang ni.. Adik selalu cakap kat eli yang dia nak kaya cepat supaya boleh bahagiakan Abah & Mak.. Abah & Mak kena percaya cakap eli ni.. Adik pun jarang bawa eli keluar jalan-jalan sebab adik terlalu sibuk bekerja.. 

Nanti kami lawat mak lagi k?

Adik sayang Abah & Mak sangat-sangat tau..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat sekali lagi kita menunaikan rukun islam ketiga iaitu berpuasa.

Ini juga merupakan tahun pertama saya menjalani ibadah berpuasa sebagai seorang isteri. Hehe. Buat masa ni Pejal takdalah cerewet mana. Tadi pun dia sahur telur goreng dengan ikan sambal je. Pejal faham kot isteri dia ni tengah sarat mengandung. Thank you bucuk :D

Saya pun pertama kali berpuasa sebagai ibu mengandung. Baby jangan notty2 k? Kita puasa sama-sama tau. Semoga Allah melindungi kita.

"Selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita seribu pengajaran dan pedoman untuk lebih bersyukur dalam kehidupan seharian. InsyaAllah. Amiinn."

 p/s : Petang ni rasa macam nak pergi ke bazar ramadhan. Harap-harap laratlah kan. Heeee. :p

Wednesday, July 18, 2012

Rumah pertama kami :D


Assalamualaikum..

Yeay, Alhamdulillah kami dah bayar deposit untuk rumah baru kami!

Rasa bahagia sangat walaupun rumah tu takdelah besar mana tapi kami tetap bersyukur dan bangga sebab itu merupakan rumah pertama kami dan ianya merupakan hasil titik peluh kami bekerja selama ni. Tak rugi apabila kita mula menyimpan dari usia muda. ^______^

Ini semua rezeki baby A kami. Sejak saya mengandungkan baby A kami ni, alhamdulillah rezeki dia ada je. Memang itu janji Dia kepada hamba-hambaNya. Rezeki anak memang ada. InsyaAllah. Nak tau tak kenapa saya cakap rezeki baby A kami ni murah? Sebab rumah yang bakal kami menginap ni da "fully furnished". Tinggal sikit-sikit je nak tambah barang apa yang patut. Kiranya kami ni cuci kaki masuk rumah ni nanti. Saya selalu bisik kat baby A kami "Ini semua rezeki awak tau, semoga nanti menjadi anak yang soleh dan berjasa k sayang?"

Keperluan yang kami da ada :

1. Peti Ais
2. Stove
3. Kabinet Dapur
4. "Built in cupboard" di setiap bilik tidur.
5. TV
6. Dressing table
7. Langsir
8. Aircond
9. Kipas & Lampu
10. Katil Queen size untuk bilik baby kami!

Keperluan yang belum ada :

1. Washing machine
2. Sofa
3. Dining table
4. Katil untuk bilik tidur kami


Rasa tak sabar nak hias rumah sendiri pula lepas ni! Nak hias bilik baby A kami nanti, yeay!

p/s : Tuan rumah tu tanya Pejal " Umur awak ni berapa?". Pejal jawab " 24 tapi muka da nampak macam 28". Tuan rumah "24? Mudanya dah nak beli rumah. Duit sendiri ke?". Pejal jawab "Ye duit sendiri. Muda ke? Hehe". Tuan rumah tu balas " Memang sangat muda lagi-lagi kalau guna duit sendiri sebab yang paling muda saya penah deal umurnya 28, memang saya salute awak ni". Pejal jawab " Tadelah, biasa-biasa je, ni semua rezeki baby kami dalam perut tu". Tuan rumah "Isteri awak mengandung ke ni, tak nampak macam mengandung pun.". Saya "-_-".
Saya bukan sebarang gemuk, saya mengandung laaaaa. Kalau gemuk macam ni sebelum kahwin memang Pejal da reject awal-awal da tuan rumah oi.

Saturday, July 14, 2012

Our baby name!


Assalamualaikum..

We already chose a name for our lil baby boy! There are several names that i had searched but finally we agree to name him with.. I am not quite ready to reveal it out actually. Hehe.

But i can tell the meaning of our lil boy name. The first name brings intelligent, kind hearted and can be trusted meaning. Meanwhile for the second name meaning is strength. And yes our lil baby boy always make me strong enough to face whatever obstacles that had been throw to me during my pregnancy. He is my strength. Alhamdulillah.

Maybe in my next post i will have the guts to tell his name. So sorry guys. That is all for today!

Pray for our safety. It is 2 and half months to go. InsyaAllah.

P/s : I just got back from Pureen sales with Alang. The price is CHEAP! I bought my maternity pads, one time use panties, lil baby boy clothes, pampers, our socks, cotton roll & cotton bud. 

Sunday, July 8, 2012

Baby Shopping Lists!


Assalamualaikum..

Semua sihat? Saya makin sihat sekarang ni. Tapi boleh dikatakan nafsu makan agak berkurangan sejak akhir-akhir ni. Mungkin baby boy saya sudah semakin besar dan menghimpit perut saya kot. Just a assumption. Hehe. Alhamdulillah usia kandungan saya sudah 6 bulan dan seterusnya meniti ke 7 bulan. InsyaAllah.

Persiapan barang-barang baby sudah hampir 90% yang sudah dibeli. Alhamdulillah rezeki baby boy saya ni murah. Ini barang-barang yang sudah dibeli :

1. Stroller

2. Baby Carrier

3. Baby Car Seat

4. Walker

5. Baby Cot + Bedding sheet + Stand + Net cot

6. Botol susu

7. Beg baby

8. Breast pump + breast padding + ice pack + storage packs + cooler bag

9. Baju + Seluar + Stokin + Topi + Sarung kaki & tangan + Kasut

10. Album baby ( dapat free masa kelas antenatal )

11. Stand toy for baby cot

12. Hammock bathtub

13. Steriliser & Warmer

Tapi saya pilih yang harganya berpatutan sebab takut jadi pembaziran jika nanti tidak digunakan dan boleh dikatakan hanya separuh yang saya beli. Yang lain semua merupakan pemberian ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Alhamdulillah. Terima kasih semua yang terlibat. :D

Lagi satu saya nak cerita sikit mengenai set selepas bersalin. Semalam saya survey beberapa orang bidan yang saya akan booking untuk urut saya selepas bersalin nanti dan kebanyakan daripada mereka cakap tak payah beli set selepas bersalin sebab nanti membazir. Nasib baik saya tak beli lagi. Huhu. And finally i had booked my massanger for my confinement period! And the price is soooooooooooo freaking cheap! Bidan tu siap bagi bengkung untuk saya + barut bay (10 helai) lagi dan mandikan baby serta uruskan tali pusat baby nanti. Yeay! Murah rezeki baby boy saya ni. Kalau tak pening kepala asyik fikir mengenai siapalah nak urut saya nanti.

P/S : Kita tidak boleh berharap sangat dengan ahli keluarga yang sudah mempunyai pengalaman bersalin sebelum ni. Mereka ni kadang-kadang kedekut nak kongsi ilmu dan pengalaman mereka sebelum ni. Tapi xpela, Allah Maha Mengasihani, hanya Dia tempat saya meminta pertolongan bukannya dari orang yang walaupun saya pernah membantunya suatu ketika dahulu tapi apabila tiba waktu saya, dia langsung tidak menanyakan apa-apa. It is ok. What comes around goes around bebeh! Chillex!

Wassalam..