Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 27, 2012

Bertenang aka Calm down


Assalamualaikum.

Hari ni pergi follow-up check-up lagi baby agresif saya ni. Macam biasa la, ambil ujian air kencing, timbang berat badan (naik 2 kilos). Berat baby doktor tak check lak tadi. Hadeh.

Hari ni yang pelik sikit ialah mengenai tekanan darah tinggi saya. Nurse kena ambil bacaan sampai 4 kali sebab tinggi. Check-up sebelum ni 119 je, tapi tadi sampai 160. Mak aih. Nurse sampai kena pesan " Awak pergi bertenang dulu nanti kita ambil bacaan balik okay?". Lakha lakha la nurse ni. -_-"

Saya pun kononnya pergi "bertenang". Haha. Tak payah la tau cara saya bertenang tu macam mana. Bacaan terakhir tekanan darah saya ialah 131. Masih tinggi jika nak dibandingkan dengan bacaan follow-up check-up sebelum ni tapi nurse layankan je.

Lepas tu kami masuk bilik doktor express ni. Sebab apa tau saya panggil dia doktor express, sebab dia cakap macam bullet train kat jepun tu. Saya hanya dengar dia cakap "Ok, Puan boleh baring" & "Ok, kita jumpa lagi 2 minggu ye Puan". Ha tu je. Sedar-sedar da kat luar bilik da.

Tapi hari ni saya dapat tangkap doktor cakap " Baby you da turun ni". Alhamdulillah. Rasa makin tak sabar lak nak ciummmmm anak sendiri!

Okaylah, da sakit pinggang + saya nak tonton drama bersiri "Dan bila esok". Sedih cerita ni sebab dia kahwin dua. Motif? Tak ada motif cuma hormon terlebih dirembes. -_-"

Wassalam..

Tuesday, September 25, 2012

Happy + Touching



Assalamualaikum.

Alhamdulillah beberapa hari ni saya happy je. Syukur dengan nikmat-Mu Ya Allah.

Baru-baru ni, Mama ada cakap "Tak sampai hati pula Mama nak pergi Haji kamu tengah sarat & nak bersalin lagi sebulan ni. Mama tau sakit bersalin tu macam mana. Takpelah Mama tangguhkan dulu la, Mama jaga kamu masa kamu berpantang." Sebak jap saya. Pengorbanan seorang ibu tiada penghujungnya. Angah sayang Mama.

So, Abah & Mama buat keputusan untuk 'renovate' rumah mereka. Besarkan rumah. Untuk anak & cucu kata mereka. Abah & Mama tak pernah fikir kehendak mereka. Keselesaan anak menantu & cucu yang mereka utamakan dulu. Semoga mereka selalu dimurahkan rezeki oleh-Nya. Amiinn.

Abah pula orang yang paling risau kalau anak-anak dia sakit. Memang dari dulu Abah tak boleh tengok anak-anak dia sakit. Dulu saya tak faham kalau setiap kali kami sakit mesti Abah akan pegang kepala kami sambil cakap "Bagi penyakit anakku ini kepadaku". Lepas tu mesti kami sihat dan Abah pula sakit. Sekarang baru faham. Doa ibubapa memang paling mujarab untuk anak-anak. Saya percaya tu.

Buat suamiku Pejal, sayang tak pernah menyayangi lelaki selain daripada Abah sayang sehinggalah sayang jumpa b. Terima kasih kerana mencintai diri ini seadanya. Terima kasih di atas semua pengorbananmu selama hampir 8 tahun kita kenal dan akan terus mengenali. (Terima kasih sebab belikan rumah. Tak sabar nak masuk rumah baru. Heeee). Semoga b juga dimurahkan rezeki oleh-Nya. InsyaAllah. Amiinn..

Untuk bayi sulung kami, Papa & Mama da bersedia untuk terima kehadiranmu di dalam hidup kami. Mama da bersedia untuk merasai jihad pertama dalam hidup Mama. Doa Mama semoga awak menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat kelak. InsyaAllah. Amiinn.

Wednesday, September 19, 2012

Pre-natal


Hye u ollsss!

Lama gak tak update blog sejak balik dari hospital hari tu..

Saya dapat tanda darah walaupun hanya setitik dua tapi Mama suruh gak saya pergi PPUM untuk mendapatkan kepastian dari doktor.

Hati risau tapi muka saya masih maintain cool la kan. Taknak lah buat muka serabai. Heee.

Alang & Mama yang hantar pergi hospital memandangkan Pejal masih di tempat kerja, waktu saya call tu Pejal berada di Cyberjaya. Jadi Mama cakap biar Alang & Mama yang hantar, Mama takut Pejal terkejar-kejar. Sayang gak Mama kat anak dia yang selalu lawan cakap dia ni. :P 

Sampai je kat PPUM, kami terus menuju ke tingkat 3 (emergency case). Nurse suruh saya pakai baju wajib hospital terus. Sementara tunggu doktor, nurse check contraction baby dengan mesin apa ntah. Nurse cakap memang da ada contraction tapi bila nurse tanya saya samaada saya sakit atau tak, saya jawab "Tak sakit pun".

Doktor sampai lebih kurang setengah jam kemudian. Doktor nak check da buka ke belum laluan saya. Masa doktor seluk tu nak terangkat jugalah punggung saya ni. Doktor sempat tanya "Is this your first baby dear?". Saya balas "Yes". Doktor "Sorry ye sayang, i kena seluk dalam sikit, tahan sikit ye sayang." Ketap gigi jela saya ni kan. Fuh. Doktor cakap masih belum buka lagi. 

Dekat pintu bilik saya dah nampak Pejal dok terintai-intai. Masih mampu tersenyum melihat saya tapi bila dia da masuk bilik terus dia pegang tangan saya. Masa tu saya da nampak air mata dia bergenang tapi cuba ditahan. Memang Pejal ni seorang lelaki yang nampak je tegas di luaran tapi sebenarnya mempunyai hati lembut. Saya kenal lelaki yang saya cinta sejak 7 tahun lalu ni. :D

Malam tu juga, saya diberi dos suntikan 12mg, doktor terangkan bahawa suntikan itu adalah untuk mematangkan paru-paru baby jika kata baby nak juga keluar awal nanti. Agak sakit jugalah suntikan tu. Huhu. Mama masa tu da bertanya macam-macam da kat doktor dengan nurse, Mama taknak saya bermalam di hospital. Saya pun taknak. Haha.

Tapi saya kena juga bermalam sebab esok saya akan diberikan lagi satu dos suntikan. *sedey*
Pejal, Mama & Alang pun balik. Tapi Pejal datang balik sebab saya teringin nak makan nasi pattaya. Hehe. Lepas saya ditukarkan bilik ke tingkat 5, baru Pejal pulang. Berair lagi mata Pejal masa tu. iloveyoutoo.

Esoknya, saya diberikan suntikan kedua. Ya ampun, sakit sangat yang kali ni punya. Rasa macam paralyse jap kaki kiri saya. Berair gak la mata nak tahan sakit tu. Huhu. Pesakit katil sebelah ada cakap memang sakit sikit tapi rupanya sakit banyak, dia taknak saya takut. Hadeh.

Pagi tu sebelum Pejal pergi kerja, dia datang singgah jap hantar beg baju & roti telur. Risau saya lapar kot padahal ada je sarapan hospital bagi. Ala-ala western lagi. Haha. Pejal tak lama pun sebab dia kena pergi kerja. Takpe saya faham. Dia cari rezeki pun untuk saya dan bakal baby dia ni juga. ^_^

Pukul 12pm-2pm, Mama & Alang datang. Abah baru balik kerja jadi petang jap lagi baru Abah dapat datang. Along pun. Petang tu pukul 5pm-8pm, Aneez & Layla datang bawa mcflurry. Nyummy! Thank you bff for coming. Adi datang bawa air zam-zam. Abah, Mama, Along, Gebu & Mika pun datang. Seronok sangat ramai datang menjenguk. Yang bertanya khabar melalui FB, whatsapp, message, call pun ramai. Alhamdulillah masih ramai yang mengambil berat tentang diri ini. Syukran. Thanx korang!

Esoknya (16sept2012) baru saya discharge. Lega rasanya. Bosan tau duduk hospital ni. Tengok siling je. Saya terus call Abah masa doktor cakap saya dah bileh balik. Yeay! Pukul 12pm, satu family saya datang. Pejal kerja. Dia bagi duit untuk bil hospital je kat Abah. Hehe. Thanx Abah & Mama sebab faham kondisi Pejal yang kena kerja kuat. Bersyukur dapat keluarga yang amat memahami.

Masa nak report keluar tu lagi sekali nurse pesan benda yang sama doktor pesan, kalau ada tanda darah/air atau kalau sakit contraction cepat-cepat datang hospital balik, jangan tunggu-tunggu.

Alhamdulillah keadaan saya dan baby sekarang sihat & stabil. Minggu depan ada follow-up checkup lagi. Yeay! Mama siap cakap, Mama doa supaya baby baby kamu keluar akhir bulan ni. Tak sabar nak jaga cucu ke? Heee. Tapi Papa baby ada event akhir bulan ni sampai awal bulan depan, Alhamdulillah rezeki baby tapi siapa nak jaga saya nanti. Mama cakap, takpe biar Mama jaga, biar Pejal cari duit banyak-banyak. Hahaha. 

Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui yang mana baik & buruk untuk hamba-hambaNya. Jika telah ditetapkanNya apa jua sekalipun, saya yakin itulah yang terbaik untuk saya, Pejal, baby kami dan semua ahli keluarga saya nanti. InsyaAllah, Amiinn. 

Wassalam..




Thursday, September 13, 2012

Engaged!



What does engage means to you olls for now?

For me right now is only my baby boy has engaged into my Miss V!

Yeah, expect the unexpected ok. I am at 34 weeks. 

I still pray that my baby will pop out same date with my birthday which is 27oct. 

But seems our baby boy who will pop out in the year of dragon according to chinese calendar cannot wait that long anymore. I hope my intuition is wrong. Haha.

Baby A, please wait, be happy inside Mama's womb for only another 6 weeks. Enjoy the dessert and all other stuffs which so call nice food & drinks while you are still inside.

Papa & Mama loves you so much. We still can wait for you. Muach!

P/s : My baby weight is only 2.1kg but still at the normal weight for 34 weeks baby. Alhamdulillah. The thing that i curious the most is where the hell all those dessert goes to? Hahaha. Dayum! I will cut those dayum in my confinement period. Believe it or not. :D