Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 28, 2012

Bersalin!


Assalamualaikum..

Baru terasa nak menulis balik. Al maklum la sejak jadi ibu mithali ni, jadual makin padat. (mithali ke?)

Seperti yang dijanjikan, saya akan share pengalaman bersalin saya. Baru terasa bersedia sikit laaa. Hee.

Tentatifnya bermula pabila air ketuban saya pecah sekaligus, maksudnya, kan air ketuban ada 2 beg, kiranya air ketuban saya tak pecah ikut giliran, sekali dua nak pecah dalam masa yang sama, da macam waterfall buatan jap masa tu. Haha.

Tapi masa tu saya masih boleh tersenyum + gelak-gelak sebab masih tak terasa sakit kontraksi. Air ketuban pecah jam 9 pagi, pukul 10.30 pagi baru saya berada di tingkat 3 (wad kecemasan) selepas saya bedal 2 bungkus sandwich depan misi-misi hospital ye. Brutal x? :D

Masa beli sandwich tu lagi la, Pejal da panic tahap dewa, saya dengan berkain batik + tshirt bodoh je + air ketuban yang masih ber'waterfall' masih boleh nak duduk kat cafe tu sebab nak makan nasi lemak. Orang sekeliling tak payah cakap la cara mereka pandang saya, mereka yang panic. Tapi saya kempunan nak makan nasi lemak disebabkan Pejal terlalu panic. Tu yang dapat sandwich je. Haih.

Lepas 'check-in' bilik hospital, misi bagi saya ubat supaya saya berak-berak. Kontraksi buang air besar mula terasa. Kontraksi baby masih belum ada. Hehe. 

Lepas tu, doktor datang untuk tengok berapa cm da buka. Baru 2cm. Doktor tanya ada rasa sakit tak? Saya, "Tak sakit". Kalau macam tu saya bagi awak induce air supaya kuatkan kotraksi baby. Saya, "Ok". 

Pukul 2.40pm, doktor datang seluk lagi, baru 3cm! Saya da mula risau, saya taknak operation! Misi da bagi warning kalau lambat sangat buka laluan, saya kena bedah. Dalam hati masa tu hanya Allah je tau betapa risaunya saya. Da la takde sesiapa yang saya kenal untuk saya mengadu. Masa tu sedih sangat.. Mula la hati ni memanggil-manggil nama Pejal, Mama, Abah, semua ahli keluarga untuk minta semangat.. Tapi apakan daya, PPUM tak benarkan sesiapa teman masa kat labour room. Sedih sangat..

Tapi saya kena kuatkan juga semangat untuk baby Aqeel. Itulah peranan seorang ibu. Jam 6pm, sakit kontraksi da mula terasa maha hebat. Masa tu saya hanya mampu berzikir & berselawat banyak-banyak. Lagi sekali air muka ahli keluarga terngiang-ngiang di benak fikiran. Saya perlukan sangat sokongan dari mereka masa tu terutamanya dari suami sendiri, Pejal.. Menangis jap masa tu.. Mohon diampunkan dosa dengan suami dan dosa dengan mama. 

Alhamdulillah pukul 7pm,  doktor cakap laluan saya da buka 8cm! Allah tu Maha Pengasih & Maha Penyayang. Doa saya dimakbulkan juga olehNya apabila saya selamat melahirkan Muhammed Aqeel Izz bin Muhammed Faizal secara normal pada jam 7.54pm selepas hampir setengah jam saya "push". Berat baby Aqeel, 3.015kg . Lega sangat. Perasaan nak push tu sama macam kita nak terberak tapi tak sesenang nak berak la kan, heeee. :D 

Disebabkan saya push tahap pelajar cemerlang, doktor tak sempat nak bius sebelum doktor nak potong bahagian bawah tu. Tapi da tak terasa sakit sebab sakit kontraksi mengatasi segala-galanya. Betul tau. Tapi masa dia jahit tu walaupun doktor da bius tapi masih terasa sakintnya ye. Macam dijahit hidup-hidup la senang cerita. Hadeh.

Dan saya tak ambil epidural walaupun saya da marah doktor supaya saya diberikan bius epidural. Tapi doktor cakap sebab laluan saya da buka 8 cm jadi doktor tak boleh bagi da. Kalau bius gak, saya tak terasa kontraksi, so saya takkan terasa nak push dan baby boleh lemas dalam perut memandangkan air ketuban dah pecah semua. Terpaksa la tahan sakit yang tersangat tu. Huuuu.

Saya boleh cakap saya dah serik. Tapi tak tau la sampai bila seriknya ni. Tengok-tengok tahun depan baby Aqeel dapat adik. Hahaha. No no no. :D

Okaylah, baby Aqeel dah bangun minta susu. Tapi tak perlu risau ye kepada mommy to be, InsyaAllah segalanya dipermudahkan olehNya, amiinn.

Wassalam..








Wednesday, October 17, 2012

No 9


Assalamualaikum.

Hari ni tepat jam 5.53pm tadi, tali pusat baby Aqeel da tertanggal. Alhamdulillah. Yeay!

Baby Aqeel ni suka no 9 kot, tarikh lahir 9.10.12, tanggal tali pusat masa dia berumur 9 hari. Heee.

Okay, itu je.

p/s : Saya letak ubat kuning kat pusat baby Aqeel, Alhamduillah dia serasi. :D

Wassalam..

Monday, October 15, 2012

8 days old!


Assalamualaikum..

My baby Aqeel is already 8 days old today!

New experience, new life, new me and new us!

Bahagia sangat rasa jadi seorang Mama ni rupanya. Hilang sakit semua bila lihat wajah anak yang dikandung 37 minggu & 3 hari saya ni. Syukran Ya Allah!

Tapi saya masih belum bersedia nak berkongsi pengalaman bersalin saya. *serik*. Itu je yang mampu saya bagi hint skang ni. kihkihkih.

Next entry insyaAllah saya akan cerita ye. Doakan saya cepat sembuh ye. 

Papa & Mama sayangkan Muhammed Aqeel Izz sangat-sangat. Doa Papa & Mama sekarang ialah supaya aqeel membesar dengan sihat & sempurna dan menjadi anak yang soleh. InsyaAllah, amiinn. 

Much love from us :D

Wednesday, October 3, 2012

Selamat Hari Jadi Abah!



Assalamualaikum..

Hari ni hari jadi Abah yang ke 56! Selamat Hari Jadi Abah! Angah doakan Abah sentiasa dimurahkan rezeki olehNya, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa happy dalam hidup Abah. InsyaAllah, Amiinn..

Abah memang tiada gantinya. Abah akan cuba berikan yang terbaik untuk anak-anak Abah. Itu pasti. Angah minta maaf sebab selalu buat Abah risau sekarang ni. Tapi Abah tak pernah jemu untuk memberikan yang terbaik yang termampu. Angah salute Abah sangat-sangat.
                            
Walaupun sekarang angah da kahwin, da punya keluarga sendiri tapi Abah tak pernah gagal untuk menjadi Abah angah. Bersyukur sangat dikurniakan seorang bapa seperti Abah.

Hari ni Abah da buktikan yang Abah masih berada disisi anak-anak Abah pabila Abah diperlukan. Terima kasih bah sebab amek angah kat hospital tadi. Terima kasih sebab faham angah. Terima kasih sebab Abah tetap akan cuba tersenyum walaupun Angah tahu Abah sangat-sangat risau melihat keadaan Angah.

Angah sayang Abah sangat-sangat. Memang tak dapat Angah bayangkan hidup Angah tanpa insan yang bernama Raja Badeli Safri sebagai Abah angah.

Terima kasih atas segalanya Abah! I love you so much!