Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 27, 2012

Perabot Rumah!


Assalamualaikum u olllsss..

Hari ni hari ber'blog' untuk saya. Sebab apa? Sebab suka hati sayalah. Heeee.

Entry kali ni saya nak cakap mengenai harga perabot rumah memandangkan ada kawan-kawan saya yang mohon 'share' pengalaman beli perabot rumah. Boleh aja dong. Bisa diatur asalkan baby Aqeel lena diulit mimpi. :D

Saya hanya beli yang asas je dulu, maklumlah tak sempat nak kumpul duit sangat untuk beli perabot dari kedai Lorenzo tu. Aduhai. Hahihu.

Saya suka konsep moden (cliche nye ayat). So, sofa saya beli bentuk 'L' shape, warna hitam sebab senang tak nampak kotor. Kalau kotor pun cover bantal tu boleh buka & cuci. Senang! Saya beli sekali kabinet letak TV yang tak berapa nak besar tu. Saya beli yang ada cermin, pastikan cermin tu 'tempered glass' so memang tahan. Pricey sikit pun takpe sebab boleh guna sampai 20-30 tahun. Jimat pe? Tak gitu? :D

Untuk perabot bilik saya & pejal, saya beli yang 1 set terus, maksudnya Queen size bed, side table, meja mekap, almari 8x8 inci. Warna 'dark choc'. Ada aura sikit, eceh. Aura apa la tu, dah ada anak ni nak romantik-romantik pun dah takde masa dik non oi. Hahaha. Kabinet TV untuk bilik kami ni dapat FREE memandangkan total harga borongan kami melebihi RM10k. Jimat lagi. Heeeee. 

Bilik baby Aqeel hanya ada almari baju dia + baby cot dululah kan. Kalau ada duit terpijak nanti memang ingat nak beli set perabot bilik dia. Tema : Putih. Metroseksual gitu. Tapi bukan gay hanya pilot di awan biru. Ekekeke.

Set meja makan plak, saya pilih warna hitam gak, 'tempered glass' gak. Kerusi ada 6 je. Kalau kawan-kawan ramai datang, dok bersila kat bawah jela, dok kat first living room, takde perabot lagi. Sofa tu saya letak kat 2nd living room. 

Bilik kerja Pejal plak, saya pilih 2 meja untuk letak CPU/laptop, 1 untuk Pejal, 1 lagi untuk saya. Saya pun ada kerja tau Pejal bagi, sob sob sob. Dengan kabinet rak buku warna putih.

Untuk dapur kami hanya beli 1 kabinet je dulu. Bajet tak cukup dik oiii. Hahaha. Barang-barang elektrik plak, kami beli washing machine yang 14kg nye terus, senang kalau dah anak ramai pun nanti boleh basuh baju sekaligus (bukan anak nak 2 org je ke? lol). Peti ais 2 pintu, vacuum heavy duty, kipas, aircond, tv lcd 32 inci & dapur gas.

Itu je rasanya. Jadi sekian saja dari saya yang tengah sakit perut memulas-mulas ni + baby Aqeel dah macam nak shangun kacau saya yang tengah bersenang-lenang bak raja ni. Mana satu nak handle dulu ni? -_-"

p/s : hanya sekadar nak berkongsi, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. Sharing is caring hookaaay.  Dan Alhamdulillah kami tak menyusahkan parents untuk beli semua barang-barang ni. Titik peluh kami berdua. Lagipun parents masih ada tanggungjawab mereka. Rezeki baby Aqeel. :D

Wassalam..


Nobody is perfect


Assalamualaikum.

Fuh lamanya tak hapdet blog, berhabuk sudah! Terlalu penat & sibuk dengan kehidupan harian. 

Alhamdulillah saya semakin bahagia sejak berpindah ke rumah sendiri ni. Thank you husband! Pejal sehabis boleh nak bahagiakan saya & baby Aqeel. 

Saya kurang siuman baru-baru ni sebab saya dah tak tahan dengar 'juri-juri awam' mengkritik cara hidup saya. It is my own way, my own mistakes, my own life & my own problems. So let me learn from mistakes by my ownself. Life doesnt comes with instructions babe!

Dan sekali lagi saya berasa syukur sebab dapat memberikan tempat berteduh kepada Abah, Mama & adik-adik sementara tunggu rumah Abah Mama siap. Pejal cakap dengan saya "Inilah masanya nak balas jasa diorang plak, you jangan nak 'claim-claim' barang dapur yang kita beli, biar je diorang nak makan apa yang diorang nak makan. Jangan nak suruh diorang bayar bil elektrik/air pun, I ikhlas kasi diorang duduk rumah ni. Masa kita kecik diorang xde pun nak claim apa-apa kat kita." Syukran Ya Allah saya dapat seorang suami yang memahami dan tak berkira.

P/S : Mode sangat tak sabar nak pergi bercuti ke Langkawi naik kapal terbang. Yelah, da tua-tua ni baru dapat merasa naik walaupun hanya untuk sejam. Yang penting dengan hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah. 

Saturday, December 1, 2012

Tidak kenal erti syukur




Assalamualaikum..

Hari ni saya nak bermonolog dengan diri sendiri..

Syukur?

Saya rasa saya terlalu jauh untuk memahami erti syukur. Kenapa?

Sebab walaupun saya dikurniakan suami yang sentiasa berusaha kuat untuk memberikan segala kemewahan mengikut kemampuan dia tapi saya tetap merungut. 

Sebab walaupun saya dikurniakan anak lelaki yang comel, cukup sifat, sempurna, sihat walafiat tapi saya tetap menangis pabila badan terasa amat penat dengan perubahan ini.

Sebab walaupun saya diizinkan olehNya untuk bersalin normal, tapi saya tetap mengomel macam-macam. 

Sebab walaupun saya mempunyai duit simpanan, kereta, dan insyaAllah rumah, tapi saya tetap berasa tidak cukup.

Kenapa? Kenapa saya perlu berasa gelisah? 

Kenapa saya sering terusik pabila ada mulut-mulut jahat yang mengata mengenai diri ini? Bukankah sepatutnya saya pekakkan telinga sahaja. Senang bukan?

"Ya Allah, hambamu ini terasa semakin jauh dari-Mu. Janganlah Engkau buang aku dari pandangan-Mu. Aku mohon petunjuk dari-Mu supaya aku dapat hidup dengan aman dan tenteram tanpa anasir-anasir luar yang selalu menggangguku. Aku mohon Engkau lindungilah suamiku, ibubapaku, anak lelakiku serta ahli keluargaku yang lain. Engkau kurniakanlah keluargaku dengan rezeki yang halal, kesihatan yang baik serta hidup yang harmoni. Amin Ya Rabbal Alamin." 

Wassalam..