Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 11, 2012

Persahabatan



Assalamualaikum sahabat!

Apa maksud sahabat pada kalian?

1. Orang yang akan hubungi kamu setiap hari/selang beberapa hari untuk bertanya khabar & borak-borak kosong?

2. Orang yang akan mengajak kamu melepak lepas balik kerja atau lepas habis kelas kepada yang masih menuntut.

3. Orang yang akan bersusah senang dengan kamu. Bukan masa senang je dia muncul, bila susah lari macam lipas kudung.

Apa-apa pun bagi saya, 

"Persahabatan ialah mengenai pengorbanan yang kita takkan pernah berkira. Mungkin pada abad yang lepas kamu memerlukan pertolongan saya dan mungkin pada fasa ini saya pula yang memerlukan pertolongan kamu. Jadi tak perlulah perkataan ikhlas ataupun tidak di dalam butir bicara percakapan."

Jadi apabila asyik saya je yang menghubungi kamu untuk bertanya khabar yang mana saya tak pernah nak berkira. Terasa pasti ada dan saya harap kamu faham tapi rupanya tidak. Sebaliknya kalian asyik mengatakan "I hope you understand" kepada saya. Apakah?

Dan apabila perkataan TIDAK IKHLAS keluar dari mulut seorang sahabat. Cukup sampai di situ sahaja saya rasa. Ditambah pula apabila kalian meletakkan saya ditempat seolah-olah saya yang meminta-minta dari kalian. Tidak mengapalah. Saya ingat persahabatan kita selama ni tidak diukur dengan wang ringgit tapi saya silap besar. Besar sangat!

Saya masih ada orang lain yang masih menyayangi diri ini tanpa wang ringgit jadi ukuran. Masih ramai yang mengambil berat mengenai diri ini, yang boleh bertanya khabar walau sesibuk mana pun kehidupan seharian mereka. Saya pun sudah berumahtangga tapi saya masih mampu untuk mendail nombor kalian untuk melepaskan rindu di dada.

Dan masih belum terlambat untuk saya mencari SAHABAT sejati.

Friday, September 7, 2012

Lagi mengenai kehamilan!


Assalamualaikum ibu-ibu mengandung!

Tapi entry ni untuk yang belum kahwin ke yang belum mengandung lagi pun boleh baca. Boleh tambah pengetahuan dan mana tau berguna apabila tiba masanya nanti. InsyaAllah. Hehe.

Kali ni saya nak share sikit mengenai air selusuh yang selalu orang sibuk cakap tu. Fungsinya ialah untuk mengurangkan sakit contraction, yang penting kita kena yakin. Mudah-mudahan kan? Fuh! 

Bidan saya beritahu, "Seelok-elok air selusuh ialah air akar kembang fatimah yang sudah direndam + air zam-zam dan SUAMI kena bacakan Surah Maryam untuk dihembuskan kepada campuran air selusuh tu. Apa-apa pun minta maaf kat suami sebab dengan doa suami yang akan permudahkan proses bersalin nanti."

Besar kan tanggungjawab suami? Saya ni da la banyak kumpul dosa kat pejal. Tapi saya tau pejal tak pernah simpan dalam hati, dia tau saya memang baran tak kena masa sikit. (lagu fynn jamal pula dah. hehe).

Selain air selusuh, suami pun boleh bacakan air Surah Yassin. Kena minum masa sakit contraction tu gak. Suami suami suami ye. :D

Untuk akar fatimah tu, saya dapat info daripada kawan saya Nana. Dia bagi saya free je akar tu. Thank you so much tau Nana! Nana beritahu, "Kena rendam akar fatimah tu bila nak dekat-dekat due, sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin. Bila akar tu makin kembang maknanya betul la dah nak dekat. Rendam dengan air putih biasa je."

Harap dapat beri sedikit info ye. Semoga proses bersalin kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT dan selamat semua hendaknya. InsyaAllah. Amiin..

Wassalam..

Friday, August 31, 2012

1sept2012


We are already in the September month!

How time flies ya?

So it is only a month for me to carry our lil baby boy in my womb. That is why i cant sleep right now. I am so freaking nervous.. Like seriously nervous..

I had called again yesterday my "bidan" to be during my confinement day and so i decided to take 1 month package with her aka Kak Intan. This is for preparation in case my parents got the place to do "Haji" next month.

Even it is a lil bit costly for me but this is the best way for me, pejal and our soon lil baby boy. InsyaAllah.. Pejal selalu pesan " Duit kita boleh cari tapi kesihatan susah nak jaga kalau kita da jatuh sakit. " Tapi saya pula fikir " Memang duit kita boleh cari tapi bukan senang. Betul tak?. "

But when i re-think again, "Rezeki ada di mana-mana sahaja. InsyaAllah Allah tu sentiasa akan tunjukkkan jalan kepada hamba-hambanya. Amiinn. "


Tuesday, August 28, 2012

Salam Aidilfitri!




Assalamualaikum semua!

Huish, da lama saya tak "update" blog kan? Sibuk beraya lerrr. Heee. 

Alhamdulillah raya kali ni disambut secara bersederhana tapi tetap meriah. Dapat berkumpul sesama ahli keluarga, sanak saudara yang dekat dan jauh serta kawan-kawan. Seronok sangat!

Dan buat pertama kali saya pergi menunaikan solat sunat aidilfitri bersama suami tercinta aka pejal dan juga Abah, Mama & Alang. Along kena jaga Mika. Abg Muz pula solat di surau berdekatan rumah.

Rumah terbuka tak payah cerita la kan. Memang sangat banyak. Itu tak termasuk kenduri kahwin. Minta maaf banyak-banyak kalau saya tidak dapat hadir ke majlis kahwin kawan-kawan sebab memang tak menang tangan. Saya doakan kalian bahagia hingga ke hujung nyawa. Amiinn.

Memori yang saya akan ingat raya kali ni ialah bila kami suami isteri dapat duit raya setiap seorang dari ibubapa kawan kami. Rasa macam muda balik walaupun tengah sarat mengandung ni. Hahaha. Alhamdulillah rezeki baby.

Tapi yang lagi seronok ialah raya tahun ni saya tak perlu nak sekat-sekat makan. Belasah je semua makanan yang dihidangkan depan mata ni. Hahaha. Cuma air manis tu saya kurangkan sikit. Banyak minum air masak je.

Pejal, Abah & Mama da mula bekerja pada hari rabu (22/8/2012). Tapi pejal tetap curi masa sikit untuk bawa isteri dia ni pergi konvoi raya. Terima kasih untuk kasihmu itu B! 

P/s: Kurang dari 2 bulan kami akan jadi Papa & Mama kepada baby boy kami ni. Doakan semuanya dipermudahkan olehNya ya. InsyaAllah, Amiinn. 

Wassalam..