Salam xoxo,
Hari ini
bertarikh 10.10.10 hari yang paling ak tunggu tunggu untuk tahun ni,hari ak
menjadi tunangan orang,yeay! Okay meh,ak cerita apa yang berlaku pada hari
bersejarah ni,weeeeeeeeee.
Pagi2 pukul 7,
mama da ketuk pintu bilik ak, "Angah bangun mandi,nanti lewat
siap"..Ak terus celik,sambil fikir "Eh2,ak nk tunang da hari
ni"..neves,gembira,excited sume ade okay,heeeeeeeeee.
Ein dgn Layla
sleepover kt umah ak mlm tadi so diorg pn secara tak langsung terjaga. Ak minta
tolong kat ein buatkan sirih junjung,maklumlah ein ialah bff ak yang
multipurpose,semua kerja die boleh buat,cyang die sangat! Lepas da godam sikit2
sirih junjung tu,ak pn mandi,ein pula terus gigih sambung sampai siap!tq
lalink!
Lepas mandi,
Alang "blow" rambut sambil ak sempat menelefon makeup artist and
hairstylist ak dan tak lupa Paan! Ak takut mereka lupa,boleh tak? dan saat
paling seksa tiba,apa agak2nya? Mesti saat nak pakai KORSET! Ak memerlukan
bantuan Alang dengan Layla untuk menyarungkannya cantik dan ketat di badan ak,kalaulah
dirakam saat itu mesti ak tunjuk sampai cucu cicit,huahuahau. Abah sibuk
mengatur kerusi dan meja bawah khemah kat depan, Mama sibuk masak sarapan pagi
memandangkan katering hanya untuk tengahari, Along sibuk menggosok
"veil" dan kain ak nk pakai (boleh lupa ak nk gosok), Kuchik buat2
sibuk,hahaha.
Lepas
lengkap berpakaian, ak da tak keruan duduk menunggu makeup artist and
hairstylist. Mereka janji pukul 9am dan mereka memang tepati janji sampai di
Giant pukul 9am, Alang yang pergi ambil mereka. Ella pun memulakan tugaskan
mencalit muka ak dengan pelbagai warna yang sesuai dengan baju
ak,besttttttttt,ak suka dimekapkan dan ditatariaskan..selalu berangan kalau
kaya nanti ak nak hired sorang jurumekap untuk mekap ak sepanjang
hidup,heeeeeeeeeeeeeeeee. Lama juga Ella makeup tapi takpe sebab ak sangat
berpuas hati denga kerjanya,yeay! Pastu giliran Dessy pula mencantikkan rambut
ak, sebelum dia wat rambut ak, da 3 kepala die uruskan, Alng, Alang dan Yasmin,
die memang hebat! Lepas die cucuk ape yang patut, siaplah ak sebagai seseorang
yang bakal menjadi tunangan orang ^_^
Rombongan
lelaki janji sampai pukul 11am tapi terlewat 1 jam. So,masa menunggu tu,
kami bergamba sakan dulu, habis satu rumah ak pusing nak tangkap gamba dengan
keluarga, saudara mara, dan kawan-kawan rapat. Oh ya! Kawan-kawan ak yang
datang ialah Layla, Ein, Mas, Aneez, Aza, Ain, Yani, Fiza, Dino, dan semestinya
Paan dan Lan yang dtg sebagai seorang kawan dan jurugambar, hehe. Ha,Paan dtg
lambat setengah jam, nasib baik masa dia dtg tu Ella baru mekap bahagian
"base" je sempatlah paan nak kejar,haha. Dah la dtg2 buat ayat sadis,
"Bertunang da kawan ak sorang ni" Naseb baik Ein menjalankan tugas
dengan mencubit tangan Paan, hehe. Masa tangkap gamba tu, tangan ak sempat lagi
menelefon buah hati tersayang yang bakal menjadi tunang ak hari ni, ak bertanya
" Mana u ni, da pukul 11.30 da ni, Abah pn da tanya" Dia biasa la
dengan perangai selambanya tu, die menjawab " Sabar la yang, jap lagi B
sampai k,da dekat Giant Besar ni" dalam hati ak berdetik, "ala tipu
la ni tapi ak tetap menghebohkan kat keluarga rombongan lelaki da nak smpai.
Tepat jam 12pm,
selepas setangah jam Pejal cakap dia berada kat Giant besar yang hanya 5 minit
dari rumah (sepatutnya la kan) rombongan lelaki sampai!! dup dap dup dap. Ak
siap suruh kawan2 ak tutup lampu bilik sebab ak nak mengintai dari dlm
bilik,hahaha. Pastu Ein mara, "Eli! Ko dok diam2 bole tak, jap lagi ko
yang neves" betul tu sis Ein, even die muda dari ak tapi die lebih
memegang watak kakak dlm hubungan persahabatan kami.hehe. Aza sibuk rakam
perbincangan bahagian berbalas pantun sebab laki die, Nizam yang reka pantun
tu, kredit to Nizam! Lepas tu Yani ketuk pintu sambil berkata "Eli, da
boleh kuar" hish masa tu perasaan ak memang xboleh dibayangkan betapa resah
gelisahnya ak,huhu. Alang dengan Mas jadi pengapit ak. Ak suruh sume keluar
dulu sebab ak nak jadi org terakhir kuar dari bilik, saje nak wat suspen
sikit,hahaha.
Saat
yang mendebarkan tiba apabila mak Pejal datang nak sarungkan cincin! Cincin
batu dan diapit oleh 2 cincin belah rotan, total 3 cincin yang harus
disarungkan! Mak Pejal pn neves,hehe. Lega, da selesai part yang paling
mendebarkan ak. Alhamdulillah. Yeay! Sesi bergambar bermula kembali. Ak terasa
cam artis pulak sume berebut nak bergambar dengan ak, ececeh. Lepas tu, Along
buat announcement " Ok, pihak lelaki da boleh makan" Pejal pn masuk
rumah.. Hensem juga tunang ak ni (cakap dalam hati jela kn) hehe.
Bergambar dengan tunang pula, pastu kami potong kek tunang kami bentuk replika
handbag Burberry, nice! Masa rombongan pihak lelaki nak balik, kitaorang
tangkap gambar beramai2, keluarga tunang ak mmg besar, yela, aidk bradik ade 9
org, anak buah da berderet da pn, hehe.
Ak makan
dengan Pejal, Paan dan Lan. Kawan2 yang lain da balik da, tq babes for coming!
Pukul 4pm, ak dgn Pejal g hantar barang hantaran dari pihak perempuan sebab
sekali dengan nak g jemputan kawen kawan pejal, da janji kan. Seronok ak tgk
anak2 buah Pejal makan coklat, cuppies n jelly sedap kata mereka. hehe.
Pastu kami pulang ke KJ, Pejal tolong kemas umah sekali. B4 tu Abah da basuh
pinggan2 sume, patutnya tak payah sbb katering yang wat, tapi mmg kami sedia
maklum Abah kami ni mmg suke tolong org, i luv u Abah! Lepas habis kemas, baru
la, dapat mandi dan berehat.. Pejal pn balik dan hantar karpet kt Pakngah
balik, 1 way je nak blk ke rumah die, tq Mr Tunang! I love 1 2 3 and infinity!
muahhhhhhhh!
Tenku utk
semua yang terlibat, I LOVE U ALL!
Till here.
Bye xoxo!
Pejal tunang Syairah