Hari yang sangat sukar..
Dia "diserang" lagi masa kami sedang buat promosi..
Hampir beberapa kali eksiden dalam perjalanan ke klinik adalah klimaks hidup saya hari ni.. Doktor klinik mencadangkan supaya dia di bawa ke hospital...
Lepas Along dia bawa dia ke hospital, saya kena bergegas semula ke Stadium Melawati utk menggalas tugas dia..
Perasaan? Memang susah nak cerita. Tiada pengalaman dalam bidang pemasaran tapi kena juga bagitau diri sendiri bahawa saya memang pandai dlm bidang ini..
Orang pertama saya call adalah Abah.. Menangis.. Abah suruh banyak bersabar.. Mungkin ini semua ujian sebelum berjaya.. Mungkin, masih ada ragu-ragu dalam hati.. Kami sudah banyak kali diuji.. Tak terlarat rasanya badan nak menanggung..
Sampai rumah, Aneez pesan perkara yang sama, "Sabar eli.. Ni semua ujian utk ko dan pejal.. Mana tau lepas ni Allah mahu bagi pejal rezeki lebih lagi, jadi Allah uji dulu korang.. saba k.." Masih tak percaya..
Masuk rumah, saya terus rebah tatkala memberitahu Mama tentang Pejal.. sedih sangat... Mama pun memberitahu benda yang sama.. Kenapa hati ini susah sangat nak menerima kenyataan itu..? Begitu jua dengan Alang dan Ein. Butir perkataan yang sama diperdengarkan di cuping telinga saya ni..
Jam 11.45pm, saya, Abah, Mama dan Ein bergegas ke HTAR. Alhamdulillah keadaan Pejal semakin stabil.. Mukanya ceria, mungkin utk menutup kegusaran hati orang2 yang dia sayangi. Mungkin.
Saya pulang jam 3pagi, esok kena ganti tempat dia menguruskan promosi, boleh ke? InsyaAllah dengan doa dan sokongan famili dan kawan2.
Till here..
p/s: Saya doakan semoga awak cepat sembuh, saya percaya Tuhan masih sayangkan kita..
Pejal tunang Syairah
No comments:
Post a Comment