Assalamualaikum..
Baru terasa nak menulis
balik. Al maklum la sejak jadi ibu mithali ni, jadual makin padat. (mithali
ke?)
Seperti yang dijanjikan,
saya akan share pengalaman bersalin saya. Baru terasa bersedia sikit laaa. Hee.
Tentatifnya bermula pabila
air ketuban saya pecah sekaligus, maksudnya, kan air ketuban ada 2 beg, kiranya
air ketuban saya tak pecah ikut giliran, sekali dua nak pecah dalam masa yang
sama, da macam waterfall buatan jap masa tu. Haha.
Tapi masa tu saya masih
boleh tersenyum + gelak-gelak sebab masih tak terasa sakit kontraksi. Air
ketuban pecah jam 9 pagi, pukul 10.30 pagi baru saya berada di tingkat 3 (wad
kecemasan) selepas saya bedal 2 bungkus sandwich depan misi-misi hospital ye.
Brutal x? :D
Masa beli sandwich tu lagi
la, Pejal da panic tahap dewa, saya dengan berkain batik + tshirt bodoh je +
air ketuban yang masih ber'waterfall' masih boleh nak duduk kat cafe tu sebab
nak makan nasi lemak. Orang sekeliling tak payah cakap la cara mereka pandang saya,
mereka yang panic. Tapi saya kempunan nak makan nasi lemak disebabkan Pejal
terlalu panic. Tu yang dapat sandwich je. Haih.
Lepas 'check-in' bilik
hospital, misi bagi saya ubat supaya saya berak-berak. Kontraksi buang air
besar mula terasa. Kontraksi baby masih belum ada. Hehe.
Lepas tu, doktor datang
untuk tengok berapa cm da buka. Baru 2cm. Doktor tanya ada rasa sakit tak?
Saya, "Tak sakit". Kalau macam tu saya bagi awak induce air supaya
kuatkan kotraksi baby. Saya, "Ok".
Pukul 2.40pm, doktor datang
seluk lagi, baru 3cm! Saya da mula risau, saya taknak operation! Misi da bagi
warning kalau lambat sangat buka laluan, saya kena bedah. Dalam hati masa tu
hanya Allah je tau betapa risaunya saya. Da la takde sesiapa yang saya kenal
untuk saya mengadu. Masa tu sedih sangat.. Mula la hati ni memanggil-manggil
nama Pejal, Mama, Abah, semua ahli keluarga untuk minta semangat.. Tapi apakan
daya, PPUM tak benarkan sesiapa teman masa kat labour room. Sedih sangat..
Tapi saya kena kuatkan juga
semangat untuk baby Aqeel. Itulah peranan seorang ibu. Jam 6pm, sakit kontraksi
da mula terasa maha hebat. Masa tu saya hanya mampu berzikir & berselawat
banyak-banyak. Lagi sekali air muka ahli keluarga terngiang-ngiang di benak
fikiran. Saya perlukan sangat sokongan dari mereka masa tu terutamanya dari
suami sendiri, Pejal.. Menangis jap masa tu.. Mohon diampunkan dosa dengan
suami dan dosa dengan mama.
Alhamdulillah pukul 7pm,
doktor cakap laluan saya da buka 8cm! Allah tu Maha Pengasih & Maha
Penyayang. Doa saya dimakbulkan juga olehNya apabila saya selamat melahirkan
Muhammed Aqeel Izz bin Muhammed Faizal secara normal pada jam
7.54pm selepas hampir setengah jam saya "push". Berat baby
Aqeel, 3.015kg . Lega sangat. Perasaan nak push tu sama macam kita nak terberak
tapi tak sesenang nak berak la kan, heeee. :D
Disebabkan saya push tahap
pelajar cemerlang, doktor tak sempat nak bius sebelum doktor nak potong
bahagian bawah tu. Tapi da tak terasa sakit sebab sakit kontraksi mengatasi
segala-galanya. Betul tau. Tapi masa dia jahit tu walaupun doktor da bius tapi
masih terasa sakintnya ye. Macam dijahit hidup-hidup la senang cerita. Hadeh.
Dan saya tak ambil epidural
walaupun saya da marah doktor supaya saya diberikan bius epidural. Tapi doktor
cakap sebab laluan saya da buka 8 cm jadi doktor tak boleh bagi da. Kalau bius
gak, saya tak terasa kontraksi, so saya takkan terasa nak push dan baby boleh
lemas dalam perut memandangkan air ketuban dah pecah semua. Terpaksa la tahan
sakit yang tersangat tu. Huuuu.
Saya boleh cakap saya dah
serik. Tapi tak tau la sampai bila seriknya ni. Tengok-tengok tahun depan baby
Aqeel dapat adik. Hahaha. No no no. :D
Okaylah, baby Aqeel dah
bangun minta susu. Tapi tak perlu risau ye kepada mommy to be, InsyaAllah
segalanya dipermudahkan olehNya, amiinn.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment