Assalamualaikum..
Hari ni saya nak bermonolog
dengan diri sendiri..
Syukur?
Saya rasa saya terlalu jauh untuk
memahami erti syukur. Kenapa?
Sebab walaupun saya dikurniakan
suami yang sentiasa berusaha kuat untuk memberikan segala kemewahan mengikut
kemampuan dia tapi saya tetap merungut.
Sebab walaupun saya dikurniakan
anak lelaki yang comel, cukup sifat, sempurna, sihat walafiat tapi saya tetap
menangis pabila badan terasa amat penat dengan perubahan ini.
Sebab walaupun saya diizinkan
olehNya untuk bersalin normal, tapi saya tetap mengomel macam-macam.
Sebab walaupun saya mempunyai
duit simpanan, kereta, dan insyaAllah rumah, tapi saya tetap berasa tidak
cukup.
Kenapa? Kenapa saya perlu berasa
gelisah?
Kenapa saya sering terusik pabila
ada mulut-mulut jahat yang mengata mengenai diri ini? Bukankah sepatutnya saya
pekakkan telinga sahaja. Senang bukan?
"Ya Allah, hambamu ini
terasa semakin jauh dari-Mu. Janganlah Engkau buang aku dari pandangan-Mu. Aku mohon
petunjuk dari-Mu supaya aku dapat hidup dengan aman dan tenteram tanpa
anasir-anasir luar yang selalu menggangguku. Aku mohon Engkau lindungilah
suamiku, ibubapaku, anak lelakiku serta ahli keluargaku yang lain. Engkau
kurniakanlah keluargaku dengan rezeki yang halal, kesihatan yang baik serta
hidup yang harmoni. Amin Ya Rabbal Alamin."
Wassalam..
No comments:
Post a Comment