Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 5, 2013

Berhabuk. Pedih ulu hati.


Assalamualaikum.

Lama si tak hapdet blog.

Busy. Busy. Busy. Typical sgt kan? Da memang benar dong.

Baby Aqeel is almost 6 months. How time flies kan? (untuk orang yang tak jagalah. untuk yang jaga ni asyik tanya bilalah baby Aqeel boleh mamam. haha.)
Baby Aqeel dah mula makan bubur nasi. Dia belasah je. First time bagi sampai lupa susu dah. Risau gak kenapa la budak ni dah 6 jam pun tak nangis minta susu. Heee. Btw, berat terkini dia skng ni ialah 9kg. Muscle tangan mak. Katanya. 

Aqeel pernah admit bulan 2 hari tu sebab banyak flam so dia susah nak bernafas. Sian oi tengok dia kena pakai topeng neub tu mula-mula. Nak nangis pun ada tapi skang ni dah terbiasa plak kan. Sunway Medical Centre tu dah macam rumah kedua. Suka-suka minta doktor suruh admitkan baby Aqeel sebab hampir setiap hari gak la g amek neub. Dugaan nak membesarkan anak macam ni lah. Besar pahala tau. :D

Tapi apa yang buat hati ni terusik bila ada ahli keluarga (you should know who.eceh.tak kisah la sape-sape) yang tak datang tengok baby Aqeel masa kat wad. Sebabkan dendam kot. Anak orang lain pergi plak tengok kan. Padahal yang dok jaga anak dia dulu bukan haku & adik-adik aku yang lain ke? Melayu mudah lupa. Cukuplah aku katakan yang aku akan ingat sampai aku mati. Baby Aqeel takda apa-apa dosa kot dengan kau. Anak kau pun aku layan baik sampai skang. Doa aku semoga kau berubah ke jalan yang lebih baik. Amiinn.

Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku dah kerja. Seronok dengan kawan-kawan baru. Alhamdulillah. Cuma skang ni ak struggle gila kot nak turunkan berat badan. Aku taknak lah sampai dah 3-4 tahun dah beranak pun still gemuksss. Oopss. Jangan ada yang terasa sudah. :D

p/s : Cepat-cepat baca sebab nak cerita kat orang lain. You know who you are. :D


Friday, January 18, 2013

Kitaran haid VS Breastfeeding


Assalamualaikum.

Entry ni plak saya nak kongsi ilmu yang ada ni sikit.

Untuk ibu-ibu yang masih menyusu badan, kitaran haid memang bercelaru. Ikut hormon seseorang. Ada yang bulan kelima penyusuan baru datang, ada bulan 12, kadang-kadang tu ada yang sampai 2 tahun tak datang. (Ikut kekerapan bayi tu menyusu)

Untuk 6 bulan pertama, kalau bayi menyusu eksklusif (tanpa air, cecair lain, dan solid food), bayi menyusu kerap dan berat badan dia naik dgn cantik, dan ibu belum datang period maka ia boleh jadi satu cara untuk merancang kehamilan. Kaedah ni dipanggil LAM. 




Quote Kellymom


- The Exclusive Breastfeeding method of birth control is also called the Lactational Amenorrhea Method of birth control, or LAM. Lactational amenorrhea refers to the natural postpartum infertility that occurs when a woman is not menstruating due to breastfeeding.  


- Breastfeeding frequency and total amount of time spent breastfeeding per 24 hours are the strongest factors leading to the return of fertility: a mother is more likely to see the return of fertility if baby's nursing frequency and/or duration is reduced, particularly if the change is abrupt.


- In some populations, research has shown that night nursing slows the return to fertility.


- One study showed that mothers who were separated from their infants (but expressed milk to provide 100% breastmilk for baby) had a higher pregnancy risk (5.2%) during the first 6 months (Valdes 2000).


- The introduction of solid food can also be a factor in the return of fertility. Once baby starts solids (if mom's cycles have not returned), the natural period of infertility may be prolonged by breastfeeding before offering solids, starting solids gradually, and not restricting nursing.

Harap dapat menyelesaikan persoalan ibu-ibu yang tak datang haid lagi.

Wassalam..

MAMA


Assalamualaikum..

Selamat Hari Jadi Mamaku!

Sebenarnya dah lepas (10.01.13) hari tu tapi baru sekarang berkesempatan nak hapdet belog.

"Ma, Angah doakan semoga Mama dipanjangkan umur, dapat buat umrah & haji seperti yg Mama hajati selama ni. Dimurahkan rezeki yang halal. Dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga Mama bahagia senantiasa. In Sha Allah. Amiinn."

Ma,

Walaupun Mama tak baca pun belog Angah ni tapi Angah nak cakap gak yang Angah sayang Mama sangat-sangat. Terlalu. 

Ma,

Walaupun Angah selalu je sakitkan hati Mama dari dulu sampailah Angah dah ada anak sorang ni tapi Angah nak Mama tahu yang sehari tak gaduh/bertekak dengan Mama buatkan Angah rasa sunyi sangat. Betul. Angah suka tengok Mama yang ada ego asyik nak menang je. Hehe.

Ma, 

Walaupun sekarang ni Angah dah punyai kehidupan sendiri tapi Angah tak pernah lupakan Mama di dalam setiap apa keputusan yang Angah akan/tengah/sudah buat. Mesti hati ni terdetik, "Nak minta pendapat Mama/Abah dululah". 

Ma,

Baru sekarang Angah sedar bahawa besarnya pengorbanan seorang Mama. Baru sekarang Angah mengerti perit jerih Mama mengandungkan Angah 26 tahun yang lepas, berjihad untuk melahirkan Angah ke dunia ni dan membesarkan Angah tanpa sebarang keluhan dibibirmu. Walaupun kadang-kadang tu makan minum dah tak teratur, tidur takkan pernah cukup. Terima kasih Mama. 

Ma,

Baru sekarang Angah tahu kenapa Mama risau pabila anak-anak Mama sakit walaupun hanya selsema sebab benda yang sama Angah rasa kalau tengok Aqeel tak sihat. SAMA Ma. Baru sekarang Angah tahu kenapa Mama akan membebel tak berhenti-henti kalau Angah balik lewat malam sebab Mama takut apa-apa jadi kat Angah sebab benda yang sama Angah rasa nak tinggalkan Aqeel kat babysitter. RISAU Ma.

Ma,

Angah minta maaf selama ni Angah selalu mengasar dengan Mama. Angah memang degil kan Ma? Mama pun tahu peel anak Mama yang sorang ni. Degil. Sensitif. Baran. Gila. Tapi Mama tetap terima Angah seadanya. Terima kasih Mama.

Angah sayangkan Mama sampai syurga. 

Sekali lagi, "Selamat Hari Jadi Mamaku". I love you.

Wassalam..

Wednesday, January 9, 2013

Dayuskah?


Assalamualaikum.

Entry kali ni saya nak cakap sikit mengenai lelaki dayus. Kepada yang suka bercakap seperti Tuhan sila fahamkan apa erti SEBENAR lelaki DAYUS.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
p/s: Harap dapat menjelaskan apa yang kabur selama ni. 

Wassalam..