Assalamualaikum.
Entry kali ni saya nak cakap sikit
mengenai lelaki dayus. Kepada yang suka bercakap seperti Tuhan sila fahamkan
apa erti SEBENAR lelaki DAYUS.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki
akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh
isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika
bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang
tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang
dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya
dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua
kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya
ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan
pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak
perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi
fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga
mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon
dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan
semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak
sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa
menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh
lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya
dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani
oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati
oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai
doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan
teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan
pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
p/s: Harap dapat menjelaskan apa yang kabur selama ni.
Wassalam..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment