Assalamualaikum..
Hari ni saya tetibe rasa sayu
sangat..
Baru lepas pergi another interview
tadi. Peneman setia saya siapa lagi kalau bukan Mr Hub & Baby Aqeel. Kesian
Mama tengok anak Mama ke hulu ke hilir teman Mama pergi cari kerja.
Mungkin sebab ni kot saya rasa sedih.
Yela, walaupun Aqeel kena usung ke sana sini, dia tak pernah merungut. Memang
dia tak pandai berkata-kata lagi tapi dia boleh menangis kalau dia rimas kan?
Tapi Aqeel tak menangis langsung. Baiknya anugerah yang Engkau hadiahkan
kepadaku ini Ya Rabb. Syukran!
Kepenatan lepas interview tadi,
tetiba saya terima lagi satu panggilan interview. My wish come true! "Kami
nak tawarkan Cik Syairah sebagai Electronic Engineer. Sila emailkan updated
resume dan final year project Cik Syairah." (abaikan term "Cik"
tu). Lol! Pemurahnya Engkau Ya Rabb. Hati kecil ni berkata rezeki ni semua
rezeki baby Aqeel. Mama tahu Aqeel doakan Papa Mama dia selalu. Itu janji dia
dengan Allah SWT sebelum umur dia genap setahun.
Terus saya nangis tadi. Betul cakap
Mr Hub gak, "Kalau kita tolong orang jangan harapkan balasan dari sesama
manusia sebab Allah dah janjikan yang lebih baik untuk kita nanti. Itu
pasti."
Cuma yang agak merisaukan saya
sekarang ni ialah tempatnya. Johor Bahru u ollssss. Dekat dengan Singapore bah.
Macam mana ni? Nak tinggalkan Aqeel untuk 9 jam je pun da meroyan ni lagi
semingguuuuu. Uwaaaa. Takpe, nanti fikir. :D
p/s : Okaylah, dah stop nangis, nak
pergi cari softcopy final year projek. Entah mana kena campak. Tak tau plak ada
yang berminat nak "beli". Heeee. Alhamdulillah.
Wassalam
No comments:
Post a Comment