Assalamualaikum..
Selamat Hari Jadi Mamaku!
Sebenarnya dah lepas (10.01.13) hari tu tapi baru sekarang
berkesempatan nak hapdet belog.
"Ma, Angah doakan semoga Mama dipanjangkan umur, dapat buat
umrah & haji seperti yg Mama hajati selama ni. Dimurahkan rezeki yang
halal. Dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga Mama bahagia senantiasa. In
Sha Allah. Amiinn."
Ma,
Walaupun Mama tak baca pun belog Angah ni tapi Angah nak cakap
gak yang Angah sayang Mama sangat-sangat. Terlalu.
Ma,
Walaupun Angah selalu je sakitkan hati Mama dari dulu sampailah
Angah dah ada anak sorang ni tapi Angah nak Mama tahu yang sehari tak
gaduh/bertekak dengan Mama buatkan Angah rasa sunyi sangat. Betul. Angah suka
tengok Mama yang ada ego asyik nak menang je. Hehe.
Ma,
Walaupun sekarang ni Angah dah punyai kehidupan sendiri tapi
Angah tak pernah lupakan Mama di dalam setiap apa keputusan yang Angah
akan/tengah/sudah buat. Mesti hati ni terdetik, "Nak minta pendapat
Mama/Abah dululah".
Ma,
Baru sekarang Angah sedar bahawa besarnya pengorbanan seorang
Mama. Baru sekarang Angah mengerti perit jerih Mama mengandungkan Angah 26
tahun yang lepas, berjihad untuk melahirkan Angah ke dunia ni dan membesarkan
Angah tanpa sebarang keluhan dibibirmu. Walaupun kadang-kadang tu makan minum
dah tak teratur, tidur takkan pernah cukup. Terima kasih Mama.
Ma,
Baru sekarang Angah tahu kenapa Mama risau pabila anak-anak Mama
sakit walaupun hanya selsema sebab benda yang sama Angah rasa kalau tengok
Aqeel tak sihat. SAMA Ma. Baru sekarang Angah tahu kenapa Mama akan membebel
tak berhenti-henti kalau Angah balik lewat malam sebab Mama takut apa-apa jadi
kat Angah sebab benda yang sama Angah rasa nak tinggalkan Aqeel kat babysitter.
RISAU Ma.
Ma,
Angah minta maaf selama ni Angah selalu mengasar dengan Mama.
Angah memang degil kan Ma? Mama pun tahu peel anak Mama yang sorang ni. Degil.
Sensitif. Baran. Gila. Tapi Mama tetap terima Angah seadanya. Terima kasih
Mama.
Angah sayangkan Mama sampai syurga.
Sekali lagi, "Selamat Hari Jadi Mamaku". I love you.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment