Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 2, 2012

Jemputan kahwin

Hye!

Akhir-akhir ni banyak undangan perkahwinan yang saya terima. Tahniah kawan! Doa saya semoga kamu kekal bahagia sehingga akhir hayat, doakan untuk saya juga ye, InsyaAllah. Amiin.. :D

Kepada yang tidak menjemput saya tu saya faham. Mungkin terlepas pandang atau undangan sudah terlalu ramai. Saya tak pernah nak menyangka buruk. Saya tetap doakan kalian tau :)

Begitu juga semasa saya berkahwin dulu, saya tak boleh nak menjemput semua. Tapi saya ada terdengar juga bisikan-bisikan yang mengatakan bukan-bukan mengenai mengapa mereka tidak dijemput.

Terlebih dahulu saya minta maaf la kepada yang terasa. Mungkin ada yang saya terlepas pandang. Ada juga yang saya da minta alamat tapi tiada jawapan. Macam mana nak pos kad jemputan?

Sedih saya dengar ada yang sampai berkumpul di sebuah pusat beli belah dan mereka boleh asingkan meja untuk yang DIJEMPUT & TIDAK DIJEMPUT. Apakah? Tapi sebenarnya, kelakar pula bila dengar "khabar angin" tersebut. :p

Tapi macam saya cakaplah, saya tak pernah nak terasa kepada sesiapa yang tidak menjemput saya ke majlis mereka walaupun mereke mengenali saya. Ikhlas dari hati saya. Betul! :)

Saya pun tak pernah nak halau kawan-kawan saya yang hadir pada hari tersebut walaupun saya tak jemput. Betul tak? Kan,kan,kan? :)

Takkan saya nak jemput satu sekolah. Berapa sekolah pula saya pernah belajar. Mana larat. Saya bukan anak Dato' tau. Suami saya pun bukan guna duit mak ayah dia nak kahwin. Bekerja keras dia tau. Hehe. :D

Apa-apa pun, saya tak marah pun cuma nak luahkan rasa kesal je. Maaf lagi sekali kepada sesiapa yang terasa. Peace ok! ^_^



" Batal Air Sembahayang kami "




No comments:

Post a Comment