Saya nak bagitau ni pada Jumaat (11/4/2012) yang lepas, saya dan pejal dah buat photoshoot pertama untuk 1st trimester baby kami di Studio Azlan aka kawan baik saya sedari UNITEN. Dia dari syarikat Mackef Photography yang berkolaborasi dengan seoarang lagi iaitu Paan juga merupakan kawan baik saya sedari zaman universiti.
Dengan merekalah saya dapat gamba cantik & unik untuk majlis pertunangan, perkahwinan dan InsyaAllah kali ni untuk baby kami. Memang tak rugi jadikan mereka ni jurugambar tetap sepanjang hayat. Hahaha. Masalah saya hanya satu bila bergambar yang hanya fokus kepada saya, SENYUMAN PALSU. Selalu kena marah sebab tak reti nak buat SENYUMAN SEMULAJADI. Haha.
Apa-apa pun saya memang tak sabar nak tengok hasilnya pada bulan 11 ni iaitu selepas baby kami lahir. InsyaAllah. Semoga baby saya ni terus sihat dan sempurna sifatnya. Amiinn.
P/s : Minggu ni kami banyak bertegang leher. Mungkin sebab saya terlalu ikutkan emosi. Tapi mana tahan kalau rasa diri ni seperti tidak diperlukan. Lebih menjaga kepentingan orang lain dari diri ini. Bukan senang nak mengandung 9 bulan 10 hari. Doa saya semoga hubungan kami kembali mesra seperti biasa. InsyaAllah. Amiinn.
Credit to Azlan *Mackef Photography* |
No comments:
Post a Comment