Assalamualaikum semua..
Hari ni saya sangat-sangat "frust" dengan orang
sekeliling yang selalu je mengambil kesempatan di atas kebaikan pejal. Bukan
saya nak puji suami sendiri tapi kali ni saya dah tak boleh nak sabar lagi la.
Tolong la ada sifat perikemanusiaan sikit. Mereka ni memang
tak fikir ke pejal ni da ada tanggungjawab terhadap isteri dan bakal baby kami
ni?
Kalau pejal da jutawan nanti saya tak kisah dia nak bersedekah
banyak mana pun ok. Tapi sekarang ni bagilah kami ni bernafas dulu. Penat la
camni..
Apa yang saya pening kan?
1. Kalau orang telefon pejal je mesti nak PINJAM DUIT/MINTA
BARANG YANG BELUM DIBAYAR. Ingat suami saya ni agensi pinjaman wang ke? Kalau
mereka ingat macam tu saya tidak akan teragak-agak nak kutip
"interest" nya sekali ok??!!
2. Kedai pejal tu adalah kedai telekomunikasi bukannya
kedai/rumah kebajikan yang boleh suka-suka bawa satu keluarga kau menetap kat
sana TANPA BAYAR SEWA! Lepas tu, penyewa baru nampak apa yang tak patut terus
tunda nak menyewa dekat situ. Siapa nak bayar ganti rugi? Kau ke???!!!
3. Setiap kali keluar makan/minum, pejal yang kena bayar bil.
Hamboihhh. Sedapnya korang nak melantak free je. Itu kadang-kadang saya ni
malas nak melepak dengan kawan-kawan/orang-orang sekeliling pejal sebab taknak
sakit hati.
Jangan ingat saya diam selama ni saya takkan buat apa-apa.
Saya dah cukup bersabar da ni. Disebabkan mereka ni tak pernah
nak hormat/fikir perasaan seorang wanita yang tengah sarat mengandung, oleh itu
saya tulis entry pasal ni.
Kepada yang tersinggung selepas membaca memang saya
maksudkannya dan tolong jangan menyusahkan kami lagi ye. Saya merayu!
No comments:
Post a Comment