Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 16, 2012

Info kehamilan


Assalamualaikum.

Malam ni dah malam 7 liku! Da boleh pasang lampu atau pelita raya! Cepat sangat masa berlalu kan?

Entry kali ni saya nak berkongsi sedikit mengenai info semasa kehamilan. Tadi saya dan pejal pergi bayar deposit untuk mendapat tempat bersalin di PPUM. Alhamdulillah keadaan baby & saya semuanya sihat. Uri atau nama saintifiknya plasenta saya pun da berganjak ke atas. Maksudnya, saya boleh bersalin secara normal jika diizinkan olehNya, InsyaAllah, Amiinn.

Sementara misi tengah menyemak mengenai info saya dan baby, sempatlah kami ni mendapat sedikit info yang berguna. Selama ni saya tak pernah tau kenapa setiap kali pergi "follow up checkup", misi akan mengambil darah untuk meniliti paras hemoglobin dalam darah, suntikan kancing gigi untuk apa, suntikan hepatitis untuk apa? Haha. Main bagi tangan je kan.

Ini adalah sebab-sebabnya :
1. Paras hemoglobin dalam darah menentukan sama ada cukup ataupun tidak zat yang diberi kepada bayi di dalam kandungan. Paras normal ialah 13.0 ke atas. Alhamdulillah baby saya dapat zat yang mencukupi. Yeay!

2. Suntikan kancing gigi adalah untuk mengelakkan kuman menjangkiti bahagian kemaluan wanita semasa proses kelahiran berlaku yang boleh membahayakan bayi. Jikalau anak pertama, 2 dos akan diberikan. Dos ini akan bertahan selama  4 tahun. Jika kehamilan kedua berlaku selepas 4 tahun, 1 "boost" dos akan diberikan lagi.

3. Suntikan hepatitis pula adalah untuk mengelakkan bayi terkena jangkitan kuman selepas proses kelahiran iaitu semasa penyusuan terus dari ibu. Bayi boleh buta jika terkena virus ini. Bahaya kan?

Jadi, sebelum terlambat tanyalah misi/doktor yang membuat "follow up checkup" tiap-tiap bulan tu.

"Follow up checkup" saya yang seterusnya adalah pada 13 september 2012. Lepas tu, kena datang setiap 2 minggu dan seterusnya setiap minggu sehingga bersalin. Semakin terasa debarannya sekarang ni. Doa saya sekarang ni agar semuanya nanti dipermudahkan dan selamat. InsyaAllah. Amiinn.

Wassalam :D

No comments:

Post a Comment