Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 25, 2012

Happy + Touching



Assalamualaikum.

Alhamdulillah beberapa hari ni saya happy je. Syukur dengan nikmat-Mu Ya Allah.

Baru-baru ni, Mama ada cakap "Tak sampai hati pula Mama nak pergi Haji kamu tengah sarat & nak bersalin lagi sebulan ni. Mama tau sakit bersalin tu macam mana. Takpelah Mama tangguhkan dulu la, Mama jaga kamu masa kamu berpantang." Sebak jap saya. Pengorbanan seorang ibu tiada penghujungnya. Angah sayang Mama.

So, Abah & Mama buat keputusan untuk 'renovate' rumah mereka. Besarkan rumah. Untuk anak & cucu kata mereka. Abah & Mama tak pernah fikir kehendak mereka. Keselesaan anak menantu & cucu yang mereka utamakan dulu. Semoga mereka selalu dimurahkan rezeki oleh-Nya. Amiinn.

Abah pula orang yang paling risau kalau anak-anak dia sakit. Memang dari dulu Abah tak boleh tengok anak-anak dia sakit. Dulu saya tak faham kalau setiap kali kami sakit mesti Abah akan pegang kepala kami sambil cakap "Bagi penyakit anakku ini kepadaku". Lepas tu mesti kami sihat dan Abah pula sakit. Sekarang baru faham. Doa ibubapa memang paling mujarab untuk anak-anak. Saya percaya tu.

Buat suamiku Pejal, sayang tak pernah menyayangi lelaki selain daripada Abah sayang sehinggalah sayang jumpa b. Terima kasih kerana mencintai diri ini seadanya. Terima kasih di atas semua pengorbananmu selama hampir 8 tahun kita kenal dan akan terus mengenali. (Terima kasih sebab belikan rumah. Tak sabar nak masuk rumah baru. Heeee). Semoga b juga dimurahkan rezeki oleh-Nya. InsyaAllah. Amiinn..

Untuk bayi sulung kami, Papa & Mama da bersedia untuk terima kehadiranmu di dalam hidup kami. Mama da bersedia untuk merasai jihad pertama dalam hidup Mama. Doa Mama semoga awak menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat kelak. InsyaAllah. Amiinn.

No comments:

Post a Comment