Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 19, 2012

Pre-natal


Hye u ollsss!

Lama gak tak update blog sejak balik dari hospital hari tu..

Saya dapat tanda darah walaupun hanya setitik dua tapi Mama suruh gak saya pergi PPUM untuk mendapatkan kepastian dari doktor.

Hati risau tapi muka saya masih maintain cool la kan. Taknak lah buat muka serabai. Heee.

Alang & Mama yang hantar pergi hospital memandangkan Pejal masih di tempat kerja, waktu saya call tu Pejal berada di Cyberjaya. Jadi Mama cakap biar Alang & Mama yang hantar, Mama takut Pejal terkejar-kejar. Sayang gak Mama kat anak dia yang selalu lawan cakap dia ni. :P 

Sampai je kat PPUM, kami terus menuju ke tingkat 3 (emergency case). Nurse suruh saya pakai baju wajib hospital terus. Sementara tunggu doktor, nurse check contraction baby dengan mesin apa ntah. Nurse cakap memang da ada contraction tapi bila nurse tanya saya samaada saya sakit atau tak, saya jawab "Tak sakit pun".

Doktor sampai lebih kurang setengah jam kemudian. Doktor nak check da buka ke belum laluan saya. Masa doktor seluk tu nak terangkat jugalah punggung saya ni. Doktor sempat tanya "Is this your first baby dear?". Saya balas "Yes". Doktor "Sorry ye sayang, i kena seluk dalam sikit, tahan sikit ye sayang." Ketap gigi jela saya ni kan. Fuh. Doktor cakap masih belum buka lagi. 

Dekat pintu bilik saya dah nampak Pejal dok terintai-intai. Masih mampu tersenyum melihat saya tapi bila dia da masuk bilik terus dia pegang tangan saya. Masa tu saya da nampak air mata dia bergenang tapi cuba ditahan. Memang Pejal ni seorang lelaki yang nampak je tegas di luaran tapi sebenarnya mempunyai hati lembut. Saya kenal lelaki yang saya cinta sejak 7 tahun lalu ni. :D

Malam tu juga, saya diberi dos suntikan 12mg, doktor terangkan bahawa suntikan itu adalah untuk mematangkan paru-paru baby jika kata baby nak juga keluar awal nanti. Agak sakit jugalah suntikan tu. Huhu. Mama masa tu da bertanya macam-macam da kat doktor dengan nurse, Mama taknak saya bermalam di hospital. Saya pun taknak. Haha.

Tapi saya kena juga bermalam sebab esok saya akan diberikan lagi satu dos suntikan. *sedey*
Pejal, Mama & Alang pun balik. Tapi Pejal datang balik sebab saya teringin nak makan nasi pattaya. Hehe. Lepas saya ditukarkan bilik ke tingkat 5, baru Pejal pulang. Berair lagi mata Pejal masa tu. iloveyoutoo.

Esoknya, saya diberikan suntikan kedua. Ya ampun, sakit sangat yang kali ni punya. Rasa macam paralyse jap kaki kiri saya. Berair gak la mata nak tahan sakit tu. Huhu. Pesakit katil sebelah ada cakap memang sakit sikit tapi rupanya sakit banyak, dia taknak saya takut. Hadeh.

Pagi tu sebelum Pejal pergi kerja, dia datang singgah jap hantar beg baju & roti telur. Risau saya lapar kot padahal ada je sarapan hospital bagi. Ala-ala western lagi. Haha. Pejal tak lama pun sebab dia kena pergi kerja. Takpe saya faham. Dia cari rezeki pun untuk saya dan bakal baby dia ni juga. ^_^

Pukul 12pm-2pm, Mama & Alang datang. Abah baru balik kerja jadi petang jap lagi baru Abah dapat datang. Along pun. Petang tu pukul 5pm-8pm, Aneez & Layla datang bawa mcflurry. Nyummy! Thank you bff for coming. Adi datang bawa air zam-zam. Abah, Mama, Along, Gebu & Mika pun datang. Seronok sangat ramai datang menjenguk. Yang bertanya khabar melalui FB, whatsapp, message, call pun ramai. Alhamdulillah masih ramai yang mengambil berat tentang diri ini. Syukran. Thanx korang!

Esoknya (16sept2012) baru saya discharge. Lega rasanya. Bosan tau duduk hospital ni. Tengok siling je. Saya terus call Abah masa doktor cakap saya dah bileh balik. Yeay! Pukul 12pm, satu family saya datang. Pejal kerja. Dia bagi duit untuk bil hospital je kat Abah. Hehe. Thanx Abah & Mama sebab faham kondisi Pejal yang kena kerja kuat. Bersyukur dapat keluarga yang amat memahami.

Masa nak report keluar tu lagi sekali nurse pesan benda yang sama doktor pesan, kalau ada tanda darah/air atau kalau sakit contraction cepat-cepat datang hospital balik, jangan tunggu-tunggu.

Alhamdulillah keadaan saya dan baby sekarang sihat & stabil. Minggu depan ada follow-up checkup lagi. Yeay! Mama siap cakap, Mama doa supaya baby baby kamu keluar akhir bulan ni. Tak sabar nak jaga cucu ke? Heee. Tapi Papa baby ada event akhir bulan ni sampai awal bulan depan, Alhamdulillah rezeki baby tapi siapa nak jaga saya nanti. Mama cakap, takpe biar Mama jaga, biar Pejal cari duit banyak-banyak. Hahaha. 

Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui yang mana baik & buruk untuk hamba-hambaNya. Jika telah ditetapkanNya apa jua sekalipun, saya yakin itulah yang terbaik untuk saya, Pejal, baby kami dan semua ahli keluarga saya nanti. InsyaAllah, Amiinn. 

Wassalam..




No comments:

Post a Comment