Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 16, 2012

Info kehamilan


Assalamualaikum.

Malam ni dah malam 7 liku! Da boleh pasang lampu atau pelita raya! Cepat sangat masa berlalu kan?

Entry kali ni saya nak berkongsi sedikit mengenai info semasa kehamilan. Tadi saya dan pejal pergi bayar deposit untuk mendapat tempat bersalin di PPUM. Alhamdulillah keadaan baby & saya semuanya sihat. Uri atau nama saintifiknya plasenta saya pun da berganjak ke atas. Maksudnya, saya boleh bersalin secara normal jika diizinkan olehNya, InsyaAllah, Amiinn.

Sementara misi tengah menyemak mengenai info saya dan baby, sempatlah kami ni mendapat sedikit info yang berguna. Selama ni saya tak pernah tau kenapa setiap kali pergi "follow up checkup", misi akan mengambil darah untuk meniliti paras hemoglobin dalam darah, suntikan kancing gigi untuk apa, suntikan hepatitis untuk apa? Haha. Main bagi tangan je kan.

Ini adalah sebab-sebabnya :
1. Paras hemoglobin dalam darah menentukan sama ada cukup ataupun tidak zat yang diberi kepada bayi di dalam kandungan. Paras normal ialah 13.0 ke atas. Alhamdulillah baby saya dapat zat yang mencukupi. Yeay!

2. Suntikan kancing gigi adalah untuk mengelakkan kuman menjangkiti bahagian kemaluan wanita semasa proses kelahiran berlaku yang boleh membahayakan bayi. Jikalau anak pertama, 2 dos akan diberikan. Dos ini akan bertahan selama  4 tahun. Jika kehamilan kedua berlaku selepas 4 tahun, 1 "boost" dos akan diberikan lagi.

3. Suntikan hepatitis pula adalah untuk mengelakkan bayi terkena jangkitan kuman selepas proses kelahiran iaitu semasa penyusuan terus dari ibu. Bayi boleh buta jika terkena virus ini. Bahaya kan?

Jadi, sebelum terlambat tanyalah misi/doktor yang membuat "follow up checkup" tiap-tiap bulan tu.

"Follow up checkup" saya yang seterusnya adalah pada 13 september 2012. Lepas tu, kena datang setiap 2 minggu dan seterusnya setiap minggu sehingga bersalin. Semakin terasa debarannya sekarang ni. Doa saya sekarang ni agar semuanya nanti dipermudahkan dan selamat. InsyaAllah. Amiinn.

Wassalam :D

Friday, August 10, 2012

Bingkai nama kami dan bayi kami


Assalamualaikum..

Hari ni saya taknak tulis entry stress da.

Sebelum tu, Alhamdulillah kita semua sudah 21 hari berpuasa. Cuma saya ada tertinggal beberapa hari memandangkan untuk menjaga kandungan dan dengan nasihat doktor.

Hari ni saya masak ayam masak kicap. Sedap! Eceh puji diri sendiri nampak? Sesekali masuk bakul angkat sendiri tak salah kan? :D

Berbalik kepada topik, saya ada membuat tempahan tulisan khat nama saya dan pejal serta nama bakal baby A kami. Hari ni saya da bersedia nak bagitau nama baby A kami setelah kata sepakat antara kami suami isteri dan ahli keluarga lain yang boleh menyebutnya tanpa sebarang kesukaran. Ini merujuk kepada Mama Wan nya aka Mama saya. Haha.

Ini gambar tulisan khat. Kepada sesiapa berminat untuk membuat tempahan boleh tinggalkan komen, nanti saya bagi info pembuat tulisan khat ini. Comel lote tau budaknya. Hehe.

Muhammed Faizal & Raja Eli Syairah

Our baby name :D


Itu dia nama baby A kami. InsyaAllah. Doakan baby Aqeel terus membesar dengan sihat dan sempurna ye. Amiinn.

Thursday, August 9, 2012

Malam yang sunyi


Assalamualaikum..

Saya rasa sangat sunyi malam ni.. Seperti malam-malam sebelum ni pun, sunyi sangat..

Pejal sangat sibuk cari nafkah zahir. Saya memang tak kisah dia keluar bekerja tapi apabila sudah melibatkan orang lain yang tidak pernah jemu membebankan dia, saya jadi amat marah dan kecewa.

Saya dengan baby A kami yang jadi mangsa, duduk melayan perasaan di bilik empat segi ni.

Saya selalu tanya Pejal "Kenapa kena terlalu percayakan orang lain dari apa yang saya cakap?"

Saya sangat penat. Penat untuk berfikir dan terus makan hati.


Saturday, August 4, 2012

Bulan menguji kesabaran


Assalamualaikum semua..

Hari ni saya sangat-sangat "frust" dengan orang sekeliling yang selalu je mengambil kesempatan di atas kebaikan pejal. Bukan saya nak puji suami sendiri tapi kali ni saya dah tak boleh nak sabar lagi la.

Tolong la ada sifat perikemanusiaan sikit. Mereka ni memang tak fikir ke pejal ni da ada tanggungjawab terhadap isteri dan bakal baby kami ni?

Kalau pejal da jutawan nanti saya tak kisah dia nak bersedekah banyak mana pun ok. Tapi sekarang ni bagilah kami ni bernafas dulu. Penat la camni..

Apa yang saya pening kan?

1. Kalau orang telefon pejal je mesti nak PINJAM DUIT/MINTA BARANG YANG BELUM DIBAYAR. Ingat suami saya ni agensi pinjaman wang ke? Kalau mereka ingat macam tu saya tidak akan teragak-agak nak kutip "interest" nya sekali ok??!!

2. Kedai pejal tu adalah kedai telekomunikasi bukannya kedai/rumah kebajikan yang boleh suka-suka bawa satu keluarga kau menetap kat sana TANPA BAYAR SEWA! Lepas tu, penyewa baru nampak apa yang tak patut terus tunda nak menyewa dekat situ. Siapa nak bayar ganti rugi? Kau ke???!!! 

3. Setiap kali keluar makan/minum, pejal yang kena bayar bil. Hamboihhh. Sedapnya korang nak melantak free je. Itu kadang-kadang saya ni malas nak melepak dengan kawan-kawan/orang-orang sekeliling pejal sebab taknak sakit hati.

Jangan ingat saya diam selama ni saya takkan buat apa-apa.

Saya dah cukup bersabar da ni. Disebabkan mereka ni tak pernah nak hormat/fikir perasaan seorang wanita yang tengah sarat mengandung, oleh itu saya tulis entry pasal ni.

Kepada yang tersinggung selepas membaca memang saya maksudkannya dan tolong jangan menyusahkan kami lagi ye. Saya merayu!

Wednesday, August 1, 2012

Interview!


Hi u ollsss!

It is August already! Hope more prosperous will come into our life. InsyaAllah.. Amiinn..

And i believe that my Doa has been heard by Allah when i did received an email saying that i got an interview as a project engineer! And one more again my thought was "Ini rezeki baby boy kami". It is just that i more concern about my pregnancy right now.

At first, Pejal would not let me go for the interview because i already in my 3rd trimester. He said that i can work after giving birth to our lil baby boy. But when he saw my sour face, he was like, "Okay, sayang boleh pergi tapi jangan paksa diri". Yeay!

And what i concern right now is what do i have to wear if i dont want the workers and employer of the company notice that i am 7 months pregnant? Hurrmm. 

Suggestions please my dear friends. :D

Friday, July 27, 2012

3D & 4D scan!


Hyeeee!

I am too excited for 3D & 4D scan and at last today (27/07/2012) is the day.

I went with his Ende Su@Alang since his Papa@Pejal had other stuffs to do. Work work work. Hehe.

Here are some pixies of our cute lil baby boy!

Our baby boy is smiling :D
Our baby boy is sleeping :)

His current weight is 885g @ 26 weeks. Alhamdulillah he is one healthy baby boy.

We love you so much baby A. Cant wait to hold you in our arms. InsyaAllah. Amiinn. 

Wednesday, July 25, 2012

Doakan Mak kami ye..


Assalamualaikum...

Kami baru je melawat mak pejal yang disahkan menghidapi strok.. Sedih saya lihat apabila pejal sayu je melihat maknya hanya mampu terbaring tak seceria dulu lagi..

Eli doakan semoga mak cepat sembuh seperti biasa.. Dapat menyambut syawal nanti dengan suami, anak, menantu & cucu-cucu mak ye.. Mungkin ni semua dugaan untuk kita menghadapi bulan yang mulia ini, ada hikmahnya, InsyaAllah..

Eli pun nak mak tengok bakal anak adik (panggilan keluarga pejal terhadap pejal) dengan eli. Bulan 10 ni InsyaAllah eli lahirkan baby boy kami ni. Hehe..

Mak,
Eli kalau boleh nak bagi tahu mak yang adik sangat sayang kat Abah & Mak.. Cuma memang dia terlalu sibuk sekarang ni.. Adik selalu cakap kat eli yang dia nak kaya cepat supaya boleh bahagiakan Abah & Mak.. Abah & Mak kena percaya cakap eli ni.. Adik pun jarang bawa eli keluar jalan-jalan sebab adik terlalu sibuk bekerja.. 

Nanti kami lawat mak lagi k?

Adik sayang Abah & Mak sangat-sangat tau..