Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Saturday, November 10, 2012

11.11.11


Assalamualaikum :D

Setahun sudah saya berkahwin dengan lelaki yang bernama Muhammed Faizal @ Pejal.

Bahagia, derita, suka, duka, gembira, sedih semua dah rasa daripada sebelum kahwin pun, tak payah tunggu kahwin. Hampir 8 tahun dah ber'huha' sini sana, rasa menyampah pun ada tapi kalau dah sayang nak buat macam mana. Hehe.

Saya akui saya memang garang & baran tapi Alhamdulillah Pejal memahami dan menerima saya seadanya. (macam sekarang ni, badan da gems moks, tapi Pejal cakap "Takpe, slow2 kuruskan badan ye." Tak terima seadanya pula ceritanye sekarang. Haha)

Hadiah anniversary? Tu, Muhammed Aqeel Izz, tak ternilai kot harga dia. Betul tak? Alhamdulillah.. Walaupun kekadang tu macam malas je nak bangun malam bila dengar Aqeel merengek nak susu tapi bila tengok je muka comel dia tu terus hilang rasa ngantuk. Suka borak-borak dengan dia, best. Hehe.

Tapi nanti dah habis pantang Pejal janji nak bawa pergi dinner & shopping, yeay! Tak sabar giles okies! 

Okay la, nak layan melodi sementara Aqeel tengah syiok berbuai :D

P/S : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan B. Jauh lagi perjalanan kita. InsyaAllah kita akan tempuh suka duka sama-sama seperti daripada hampir 8 tahun lepas. Syg cinta B sampai jannah, insyaAllah. iloveyousomuch!


Tuesday, November 6, 2012

Berpantang aka Confinement


Assalamualaikum u ollssss!

Baru ada masa cket nak hapdet blog hari ni.

Masih berpantang? Iye dong, udah 30 hari genap. Happy 1 month baby Aqeel! Cepat-cepat membesar dengan sihat dan kuat ye!

Pengalaman berpantang? Saya makan sup ayam + halia + bawang putih selama 22 hari okay! Kental tak? Parents saya memang tegas bab pantang ni. Pantang makan, pantang keluar rumah, pantang sidai kain, pantang naik tangga, pantang jumpa doktor. Memang jiwa kacau jap la sekarang ni. Sorry la kalau status kat fesbuk tu merapu cket sekarang ni. Bukan musim mengawan la katakan. Oooppss! 

Tapi masa berpantang ni memang kena kuat semangat, lagi kuat daripada masa nak bersalin. Sebab semua benda tak boleh buat + sakit jahitan perineal + baby setiap 2 jam nak susu + tak cukup tidur + nak perah susu badan + pakai bengkung + pakai minyak halia + jalan kena macam geisha = PENAT!

Bayangkan la saya batuk dah hampir 2 minggu tapi langsung tak boleh jumpa doktor sebab tak boleh pijak tanah kat luar rumah, kelakar kan? Tapi itulah hakikatnya yang terpaksa dan saya dipaksa lalui. Stressssssss.

Tapi saya tengok orang lain yang baru lepas bersalin seminggu da merayap sini sana. Pergi jalan-jalan makan burger. Contohnya, wife Aqasha tu, czer lagi da keluar jalan-jalan makan burger Carl's Junior. Power tak?  (btw, saya memang stalker tegar Aqasha dgn wife dia. Suka tengok life diorg!)

Sabarlah wahai hati. Lagi 2 minggu je nak habis pantang. Yeay! Takde nak extend2 ye, kalau nak extend korang jela pantangkan untuk saya ye. Saya dah tak sanggup. Huuuu. Sorry.

Mood : Sangat tak sabar nak bawa baby Aqeel dalam stroller dia pergi jalan-jalan dari Subuh sampai Isyak. Suka hati sangat! Cepat masa berlalu, pleaseeee! :D

Wassalam..

Sunday, October 28, 2012

Bersalin!


Assalamualaikum..

Baru terasa nak menulis balik. Al maklum la sejak jadi ibu mithali ni, jadual makin padat. (mithali ke?)

Seperti yang dijanjikan, saya akan share pengalaman bersalin saya. Baru terasa bersedia sikit laaa. Hee.

Tentatifnya bermula pabila air ketuban saya pecah sekaligus, maksudnya, kan air ketuban ada 2 beg, kiranya air ketuban saya tak pecah ikut giliran, sekali dua nak pecah dalam masa yang sama, da macam waterfall buatan jap masa tu. Haha.

Tapi masa tu saya masih boleh tersenyum + gelak-gelak sebab masih tak terasa sakit kontraksi. Air ketuban pecah jam 9 pagi, pukul 10.30 pagi baru saya berada di tingkat 3 (wad kecemasan) selepas saya bedal 2 bungkus sandwich depan misi-misi hospital ye. Brutal x? :D

Masa beli sandwich tu lagi la, Pejal da panic tahap dewa, saya dengan berkain batik + tshirt bodoh je + air ketuban yang masih ber'waterfall' masih boleh nak duduk kat cafe tu sebab nak makan nasi lemak. Orang sekeliling tak payah cakap la cara mereka pandang saya, mereka yang panic. Tapi saya kempunan nak makan nasi lemak disebabkan Pejal terlalu panic. Tu yang dapat sandwich je. Haih.

Lepas 'check-in' bilik hospital, misi bagi saya ubat supaya saya berak-berak. Kontraksi buang air besar mula terasa. Kontraksi baby masih belum ada. Hehe. 

Lepas tu, doktor datang untuk tengok berapa cm da buka. Baru 2cm. Doktor tanya ada rasa sakit tak? Saya, "Tak sakit". Kalau macam tu saya bagi awak induce air supaya kuatkan kotraksi baby. Saya, "Ok". 

Pukul 2.40pm, doktor datang seluk lagi, baru 3cm! Saya da mula risau, saya taknak operation! Misi da bagi warning kalau lambat sangat buka laluan, saya kena bedah. Dalam hati masa tu hanya Allah je tau betapa risaunya saya. Da la takde sesiapa yang saya kenal untuk saya mengadu. Masa tu sedih sangat.. Mula la hati ni memanggil-manggil nama Pejal, Mama, Abah, semua ahli keluarga untuk minta semangat.. Tapi apakan daya, PPUM tak benarkan sesiapa teman masa kat labour room. Sedih sangat..

Tapi saya kena kuatkan juga semangat untuk baby Aqeel. Itulah peranan seorang ibu. Jam 6pm, sakit kontraksi da mula terasa maha hebat. Masa tu saya hanya mampu berzikir & berselawat banyak-banyak. Lagi sekali air muka ahli keluarga terngiang-ngiang di benak fikiran. Saya perlukan sangat sokongan dari mereka masa tu terutamanya dari suami sendiri, Pejal.. Menangis jap masa tu.. Mohon diampunkan dosa dengan suami dan dosa dengan mama. 

Alhamdulillah pukul 7pm,  doktor cakap laluan saya da buka 8cm! Allah tu Maha Pengasih & Maha Penyayang. Doa saya dimakbulkan juga olehNya apabila saya selamat melahirkan Muhammed Aqeel Izz bin Muhammed Faizal secara normal pada jam 7.54pm selepas hampir setengah jam saya "push". Berat baby Aqeel, 3.015kg . Lega sangat. Perasaan nak push tu sama macam kita nak terberak tapi tak sesenang nak berak la kan, heeee. :D 

Disebabkan saya push tahap pelajar cemerlang, doktor tak sempat nak bius sebelum doktor nak potong bahagian bawah tu. Tapi da tak terasa sakit sebab sakit kontraksi mengatasi segala-galanya. Betul tau. Tapi masa dia jahit tu walaupun doktor da bius tapi masih terasa sakintnya ye. Macam dijahit hidup-hidup la senang cerita. Hadeh.

Dan saya tak ambil epidural walaupun saya da marah doktor supaya saya diberikan bius epidural. Tapi doktor cakap sebab laluan saya da buka 8 cm jadi doktor tak boleh bagi da. Kalau bius gak, saya tak terasa kontraksi, so saya takkan terasa nak push dan baby boleh lemas dalam perut memandangkan air ketuban dah pecah semua. Terpaksa la tahan sakit yang tersangat tu. Huuuu.

Saya boleh cakap saya dah serik. Tapi tak tau la sampai bila seriknya ni. Tengok-tengok tahun depan baby Aqeel dapat adik. Hahaha. No no no. :D

Okaylah, baby Aqeel dah bangun minta susu. Tapi tak perlu risau ye kepada mommy to be, InsyaAllah segalanya dipermudahkan olehNya, amiinn.

Wassalam..








Wednesday, October 17, 2012

No 9


Assalamualaikum.

Hari ni tepat jam 5.53pm tadi, tali pusat baby Aqeel da tertanggal. Alhamdulillah. Yeay!

Baby Aqeel ni suka no 9 kot, tarikh lahir 9.10.12, tanggal tali pusat masa dia berumur 9 hari. Heee.

Okay, itu je.

p/s : Saya letak ubat kuning kat pusat baby Aqeel, Alhamduillah dia serasi. :D

Wassalam..

Monday, October 15, 2012

8 days old!


Assalamualaikum..

My baby Aqeel is already 8 days old today!

New experience, new life, new me and new us!

Bahagia sangat rasa jadi seorang Mama ni rupanya. Hilang sakit semua bila lihat wajah anak yang dikandung 37 minggu & 3 hari saya ni. Syukran Ya Allah!

Tapi saya masih belum bersedia nak berkongsi pengalaman bersalin saya. *serik*. Itu je yang mampu saya bagi hint skang ni. kihkihkih.

Next entry insyaAllah saya akan cerita ye. Doakan saya cepat sembuh ye. 

Papa & Mama sayangkan Muhammed Aqeel Izz sangat-sangat. Doa Papa & Mama sekarang ialah supaya aqeel membesar dengan sihat & sempurna dan menjadi anak yang soleh. InsyaAllah, amiinn. 

Much love from us :D