Assalamualaikum :D
Setahun sudah saya berkahwin dengan
lelaki yang bernama Muhammed Faizal @ Pejal.
Bahagia, derita, suka, duka, gembira,
sedih semua dah rasa daripada sebelum kahwin pun, tak payah tunggu kahwin. Hampir 8 tahun dah ber'huha' sini sana, rasa menyampah pun ada tapi kalau dah sayang nak buat macam mana. Hehe.
Saya akui saya memang garang &
baran tapi Alhamdulillah Pejal memahami dan menerima saya seadanya. (macam
sekarang ni, badan da gems moks, tapi Pejal cakap "Takpe, slow2 kuruskan
badan ye." Tak terima seadanya pula ceritanye sekarang. Haha)
Hadiah anniversary? Tu, Muhammed
Aqeel Izz, tak ternilai kot harga dia. Betul tak? Alhamdulillah.. Walaupun
kekadang tu macam malas je nak bangun malam bila dengar Aqeel merengek nak susu
tapi bila tengok je muka comel dia tu terus hilang rasa ngantuk. Suka
borak-borak dengan dia, best. Hehe.
Tapi nanti dah habis pantang Pejal
janji nak bawa pergi dinner & shopping, yeay! Tak sabar giles okies!
Okay la, nak layan melodi sementara
Aqeel tengah syiok berbuai :D
P/S : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan B. Jauh lagi perjalanan kita. InsyaAllah kita akan tempuh suka duka sama-sama seperti daripada hampir 8 tahun lepas. Syg cinta B sampai jannah, insyaAllah. iloveyousomuch!
P/S : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan B. Jauh lagi perjalanan kita. InsyaAllah kita akan tempuh suka duka sama-sama seperti daripada hampir 8 tahun lepas. Syg cinta B sampai jannah, insyaAllah. iloveyousomuch!
No comments:
Post a Comment