Assalamualaikum..
Sekejap je rasa dah nak bulan Disember. Dah nak habis dah
tahun 2012. Antara tahun-tahun yang mencabar bagi saya.
Tapi tetap bersyukur dengan kurniaan-Nya, hadiah hari jadi
paling bermakna, Muhammed Aqeel Izz bin Muhammed Faizal. Alhamdulillah.
Azam tahun 2013 plak, saya nak jadi wanita yang bekerjaya,
tak kisah dalam bidang perniagaan atau kejuruteraan. Mana-mana pun rezeki bagi
saya. Niat saya nak bagi baby Aqeel cukup makan minum & pakai. InsyaAllah,
Amiinnn. :D
Haaa, bulan Disember ni baby Aqeel banyak destinasi sebab
ramai kawan-kawan yang nak mendirikan masjid. Paling jauh kek somban sano tu
ha. Aqeel sayang jangan meragam tau. Aunty Layla tolong jaga dalam kereta kali
ni. Papa & Mama nak dating jap. Hehe.
Bulan Januari 2013 plak, insyaAllah kami akan pergi outing
bersama ex-smarties (Maxis). Ini hadiah masa kerja dengan Maxis dulu. Baru
dapat guna voucher tu sekarang. Tapi bagus gak, boleh bawa babay Aqeel
jenjalan. Yeay! Tak sia-sia 'work hard & smart' kat Maxis dulu. (semart
& hard sgt ke? ekekek).
p/s : Lupa nak hapdet mengenai Pureen Warehouse Sales
minggu lepas (24-25 November). Memang sangat best hokeh! Rugi tak pergi tau.
Saya memang borong barang baby Aqeel untuk setahun punya la kan. Haaaa. Sampai
pampers pun saya borong saiz s & m. Haha. Bekalan masa depan kata hati.
Hee. :D.
Hookayy. Baby Aqeel ajak borak. Hari ni memang dia ajak
borak je dari tadi. Letak dalam buai pun dia resah gelisah. Letak atak bantal
busuk Mama dia baru diam. Pastu senyum-senyum. I love you baby.
No comments:
Post a Comment