Assalamualaikum u ollss!
Saya dah sihat! Saya dah naik turun tangga ok u olls. Bukan
sebab nak tunjuk gagah tapi terpaksa sebab sekarang ni saya berpantang rumah
Along. Kenapa? Mama saya tak kasi bagitau. Nanti Majlis Aqiqah Aqeel korang tau
la. Doakan ada rezeki Aqeel nak buat Majlis Aqiqah tau! InsyaAllah, amiinn..
Sekarang ni Baby Aqeel pun nak tunjuk hebat sebab dia a lil bit
choosy on his formula milk. Papa dia punyalah pilih yang paling terbaik iaitu
susu formula Enfalac A+, sampai 3 kotak Papa dia belikan, sekali belum sempat
masuk kotak ketiga, Baby Aqeel dah mula berak-berak. Sian dia..
Sekarang ni tukar kepada susu Dutch Lady 0-12Months sebab
mula-mula dulu masa Baby Aqeel baru umur 3 hari, saya ada bagi dia susu ni
sebab susu badan tak cukup waktu tengah-tengah malam. Menggelabah Papa dia lari
jap pergi kedai. Last2 susu Dutch Lady je yang ada. Tapi Alhamdulillah Baby
Aqeel serasi.
Nak buat macam mana saya takde rezeki nak bagi susu badan.
Mungkin kurang kat sini lebih kat sana. Semua percaturan dari-Nya. Saya percaya
mungkin ada hikmahnya. Apa-apa pun, saya bahagia tengok Baby Aqeel membesar
depan mata dengan sihat dan sempurna, InsyaAllah, Amiinn..
P/s : Mama Wan banyak tolong jaga Baby Aqeel, nanti Baby Aqeel
dah besar kalau Mama Wan marah dia sebab dia notty Mama tak boleh buat apa-apa
tau. Mama Wan jaga awak dari awak merah lagi. Whatever it is, Baby Aqeel loves
Mama Wan so much! Muach!
No comments:
Post a Comment