Assalamualaikum u ollsss!
"Lama tak update blog.
Sibuk besarkan baby Aqeel ni. I am getting the rhythm now. Slowly. Dalam dunia
ni mana ada yang cepat, nak dapat degree pun ambil masa 5 tahun. Ini lagi nak
membesarkan anugerah yang Allah bagi. Jangan tau kritik orang je kalau belum
berada di situasi orang itu lagi. What comes around goes around tau. So, lets
support each other rather than talking bad & behind. :D"
Status I kat facebook
baru-baru ni. Saja nak copy paste balik, best plak bila baca balik. Again, no
offense. Jangan terasa lebih-lebih ye. Umum je. Hahihu. Eh bahasakan diri I
pula untuk entry kali ni. Suka hati sangat lew tuww. Gediks. ^_^
Nak hapdet sikit pasal hari ni.
Pepagi seperti biasa selepas berperang laki bini sebab masing-masing tak cukup
tidur (Aqeel saksi), kami terus pergi ke PPUM. Doktor nak jumpa baby Aqeel ni.
Dia ni memang glam sikit, kalah Mama dia yang masih berbadan "hulk"
ni. Haish. Alhamdulillah dia sihat walafiat. Berat dah mencecah 5.08kg, tinggi
dah 59.5cm tak silap I. BMI normal la tu kan, selim shady. Haha.
Lepas dah berkampung hampir 3 jam di
PPUM, kami singgah di Paradigm. Pejal cakap ada urutan Thai best kat sini
memandangkan pinggang I ni da retak seribu. Sakit sebab push kuat sangat tak
hilang lagi. -_- Ingatkan best la tapi hampeh. Habis melayang $$ I, dah la
Pejal tak belanja kali ni. Baik $$ tu buat beli susu baby Aqeel, kenyang untuk
2 minggu.
Dengan pinggang masih sengal-sengal
ubi, I suruh Pejal singgah rumah Abah Mama dekat depan Paradigm tu je. (Padahal
I yang drive masa tu, Pejal jadi "Mama Pejal" jap duduk belakang
susukan anak. Tapi kalau u olls nak tau, memang selalu dah macam tu, Pejal bagi
chance saya jadi "Papa Eli", best gak tau. Cuba-cubalah nanti k? :D).
Rumah masih tak macam rumah. Belum siap sepenuhnya lagi. Tak sabar rasanya nak
pindah KJ balik. Seriously. Banyak benda nak kena settle. Doa-doakanlah rumah
siap masa krismas nanti. Amiiinnnn.
Okaylah, I nak layan Walking Dead
episode 7 season 3. Memang up-to-the-date sangat kalau pasal cerita makan-makan
orang ni. Dari sekolah menengah lagi dah berangan nak jadi macam Mila Jovongos
dalam cerita zombos. Haha. Lepas geram la lepas bersalin. Masa pregnen jangan
harap dapat tengok cover dvd pun kena leter.
p/s : I tak pernah cakap life I ni
perfect tau. Mana ada manusia perfect dalam dunia ni. Tom Cruise pun kahwin
cerai dah 2 kali. Apadaaaa. Dah-dah jangan mengata I banyak-banyak, pergi buat
kerja elok-elok. Biarkan I berperang dengan Pejal. Kami punya bahagia kami saja
yang tau. :D
Wassalam.. Nite!
happy anniversary elli!
ReplyDeleteHehe. Thanx gie! Again, congrats on ur wedding! Happy for u sgt2! Best kan jadi isteri orang? Heee :D
ReplyDelete