Wednesday, April 18, 2012
Dont judge the books by its cover..
Salam semua..
Malam ni saya nak meluahkan perasaan yang lama da terbuku di dada saya ni. Eceh. Ayat novel nampak. Hahaha. Ini status facebook saya hari ni,
"Jangan pandang orang bila masa dia dah senang. Masa dia susah dulu ada kau tanya kehidupan dia macam mana? Kau hina dia lagi ada la. Apa-apa pun terima kasih kerana menjadikan dia makin kuat untuk menghadapi segala dugaan. Dia anggap kata-kata cacian sebagai tangga untuk dia mendaki lebih tinggi lagi. InsyaAllah. Amiinn. :D "
Kepada yang terasa ini memang untuk anda pun. Suka sangat pandang rendah dekat orang yang tidak berharta, maksud yang mendalam lagi, ibubapanya tidak berduit.
Memang saya tak faham dengan jenis manusia yang macam ni. Salah dia ke kalau ibubapa dia tak berharta? Ini tak bermakna dia akan tidak berharta juga kan? Jika dia berusaha kuat, insyaALLAH rezeki itu ada Allah turunkan untuk dia. Amiinn.
Sekarang ni baru manusia tersebut terdiam tapi berbunyi juga tu. Ada ke patut cakap hidup orang yang dia pernah kutuk dulu tu senang da sekarang, perjalanannya sempurna je. Lepas tu, nak bandingkan dengan diri dia yang kena struggle for life.
Heh? Nak meraih simpati ke apa plak citenye skang? Pening dengan ragam manusia yang bermacam bagai ni.
P/s : Kandungan saya dah nak masuk 4 bulan. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan oleh-Nya. InsyaALLAH, Amiinn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment