Hyeee!
It takes a year for me to update my own blog! Fuh, i bet u guys wanna know what makes me forgot to do the thing that i love so much which is writing!
First of all, i am married to the same man that i had been telling all this while, Muhammed Faizal bin Muhammed Sihat. Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah menjadi miliknya. Doakan kami kekal sampai akhir hayat tau, InsyaAllah, Amiinn. the date was on 11.11.11. i manage to got married on that nice date after had several arguments with my parents since it is Friday not weekend. But the reception was on the next day 12.11.11 which is Saturday. Let me give a lil bit of picture how was that day going..
11.11.11 ( Friday )
Saya tidur lambat haritu sebab orang pelamin sampai pukul 2 pagi! Masa tu yang masih terjaga adalah Abah, tunang saya ( pada masa tu la kan,hehe ) & saya sendiri. Yang lain memang da lama diulit mimpi sebab terlalu penat menyiapkan apa yang patut pada siang hari. Tapi last-last saya pun tertidur juga masa orang pelamin tu sibuk menyiapkan pelamin nikah kami tu. Hehe.
Saya terjaga dalam pukul 8 pagi selepas dengar ketukan di pintu bilik oleh Mama. Mula-mula yang saya fikir ialah macam mana rupa pelamin nikah, terus saya berlari ke luar. Satu perkataan saja masa tu, CANTEK! SAYA PUAS HATI! Lepas tu baru saya teringat yang corak inai masih belum dilukis lagi! Last minute ok! Saya mandi-mandi dan tunang saya terus bawa saya pergi Plaza Alam Sentral. Murah je orang inai tu charge. RM60 tak silap saya. Murah kan? Keringkan kat situ juga tapi bila da otw back, disebabkan saya ni tak boleh duduk diam, comot juga corak inai kat kaki, mujur tak berapa nampak sangat.
Sampai rumah, kebetulan orang pelamin tu datang bawa dulang-dulang hantaran kami, 9 balas 11. Yang ini pun saya sangat berpuas hati! Warna fresh flower yang dia pilih memang macam yang saya impikan! Terima kasih! Sesi mengatur barang hantaran pun bermula. Saya memang cerewet sikit bab mengatur, sampai berpeluh gak la mengatur 20 dulang tu. Hehe. Lepas dua jam, SIAP! Masa tu Mama dah bising suruh saya g mandi. Tengok jam da pukul 4.30 petang, cepatnya masa berlalu! Tunang saya pun balik rumah dia di Meru nak bersiap-siap. I love u b!
Lepas maghrib, orang pelamin juga yang makeup saya sampai. Kedua-dua photographer saya da sampai masa tu. Diorang sibuk tangkap gamba pelamin nikah dengan barang hantaran. Kawan-kawan rapat saya memang da lama sampai dari petang lagi nak tolong apa yang patut. Tq darlingss! Catering pun da siapkan hidangan semua. Saya je belum siap-siap.
Tapi seronok perasaan jadi raja sehari ni sebab semua mata tertumpu kat kita. Dapat merasa jadi artis jap kan. Hehe. Hampir 2 jam jugalah mak andam siapkan saya. Perasaan berdebar tiba-tiba menerjah.
Rombongan pihak lelaki sampai dalam pukul 8.45 malam. Masa tu saya memang da tak senang duduk da. Semua tak kena je. Nervous! Setengah jam selepas itu, pengantin perempuan di panggil keluar dari bilik. Saya la tu! Hahaha.
Masa keluar dari bilik tu tak payah cakap la flash camera da berduyun-duyun nak mengambil momen muka takut saya masa tu. Cis! Saya diiringi oleh Along & Alang merangkap salah seorang dayang-dayang saya pada malam itu. Kami terus menuju ke singgahsana indah itu,eceh! Tunang saya sempat
Waktu yang dinanti tiba. Saya da nampak tangan Abah berjabat dengan tangan tunang saya! Dada saya makin berombak tapi saya berlagak cool je masa tu. Padahal hanya Allah saja yang tahu
Semua mata tertumpu kepada Abah dan tunang saya. Saya dapat dengar suara Abah lafazkan ayat-ayat yang menyatakan dia sudah bersedia melepaskan saya kepada orang lain walaupun perlahan. Sebak masa tu. Lafaz Abah disambut oleh lafaz dari tunang saya menyatakan dia sudah bersedia menanggung saya dari saat itu dari bahu Abah. Lantang sungguh suara suami aku ni, detik hati saya. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi milik mutlak suami saya.
Lepas doa, Ayahmeng suruh pejal aka suami saya buat sembahyang syukur dan Isyak sekali. Selesai solat, sesi sarung-menyarung antara kami pula. Saya bagi pejal cincin dan pejal bagi saya gelang emas berbuahkan ketupat. Cantek! Time for pictures with family and friends! Memang tak terlayan tapi kami cuba sedaya yang boleh. Selesai semua, baru la kami boleh makan! Memang lapar sangat tapi kena control gak sebab sok kena pakai baju lagi sendat, haiyoo. Susahkan jadi perempuan ni.
Dalam pukul 12 malam baru selesai sepenuhnya sesi kemas-mengemas. Terima kasih la kepada saudara-saudara yang sudi membantu. Appreciate it so much! Muach! Time to sleep! Tapi pelik je sebab selalu tidur sorang-sorang tapi malam tu berdua. Yes, i am married to the man that i love from the bottom of my heart since 5 yrs ago, now and till my last breath. InsyaAllah. Amiinn..
End of the our solemnization day! Hurm, but this time entry is about I am PREGNANT? Hahaha. Actually i wanna tell the journey to how i am getting pregnant. See you in the next entry!
hai! add link hani ye. yang honeylalala's territory tu (:
ReplyDelete