Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 29, 2012

He is growing faster than i know!


Assalamualaikum!

Baby Aqeel dah boleh pusing! Can i still call him baby? Yes. He is still and will forever be my baby boo! Mama loves you so much!

Mama will capture every single moment of you sayang! Mama is so excited. Thank you for making me smile every seconds of my life since you were born to this world. And Mama promise that I will always be your angel in this world.

Hug & Kiss you my Baby Aqeel! :')

Outing



Assalamualaikum..

Sekejap je rasa dah nak bulan Disember. Dah nak habis dah tahun 2012. Antara tahun-tahun yang mencabar bagi saya.

Tapi tetap bersyukur dengan kurniaan-Nya, hadiah hari jadi paling bermakna, Muhammed Aqeel Izz bin Muhammed Faizal. Alhamdulillah. 

Azam tahun 2013 plak, saya nak jadi wanita yang bekerjaya, tak kisah dalam bidang perniagaan atau kejuruteraan. Mana-mana pun rezeki bagi saya. Niat saya nak bagi baby Aqeel cukup makan minum & pakai. InsyaAllah, Amiinnn. :D

Haaa, bulan Disember ni baby Aqeel banyak destinasi sebab ramai kawan-kawan yang nak mendirikan masjid. Paling jauh kek somban sano tu ha. Aqeel sayang jangan meragam tau. Aunty Layla tolong jaga dalam kereta kali ni. Papa & Mama nak dating jap. Hehe. 

Bulan Januari 2013 plak, insyaAllah kami akan pergi outing bersama ex-smarties (Maxis). Ini hadiah masa kerja dengan Maxis dulu. Baru dapat guna voucher tu sekarang. Tapi bagus gak, boleh bawa babay Aqeel jenjalan. Yeay! Tak sia-sia 'work hard & smart' kat Maxis dulu. (semart & hard sgt ke? ekekek).

p/s : Lupa nak hapdet mengenai Pureen Warehouse Sales minggu lepas (24-25 November). Memang sangat best hokeh! Rugi tak pergi tau. Saya memang borong barang baby Aqeel untuk setahun punya la kan. Haaaa. Sampai pampers pun saya borong saiz s & m. Haha. Bekalan masa depan kata hati. Hee. :D. 

Hookayy. Baby Aqeel ajak borak. Hari ni memang dia ajak borak je dari tadi. Letak dalam buai pun dia resah gelisah. Letak atak bantal busuk Mama dia baru diam. Pastu senyum-senyum. I love you baby. 

Happy.Gembira.Teruja.


Assalamualaikum u ollsss!

"Lama tak update blog. Sibuk besarkan baby Aqeel ni. I am getting the rhythm now. Slowly. Dalam dunia ni mana ada yang cepat, nak dapat degree pun ambil masa 5 tahun. Ini lagi nak membesarkan anugerah yang Allah bagi. Jangan tau kritik orang je kalau belum berada di situasi orang itu lagi. What comes around goes around tau. So, lets support each other rather than talking bad & behind. :D"

Status I kat facebook baru-baru ni. Saja nak copy paste balik, best plak bila baca balik. Again, no offense. Jangan terasa lebih-lebih ye. Umum je. Hahihu. Eh bahasakan diri I pula untuk entry kali ni. Suka hati sangat lew tuww. Gediks. ^_^

Nak hapdet sikit pasal hari ni. Pepagi seperti biasa selepas berperang laki bini sebab masing-masing tak cukup tidur (Aqeel saksi), kami terus pergi ke PPUM. Doktor nak jumpa baby Aqeel ni. Dia ni memang glam sikit, kalah Mama dia yang masih berbadan "hulk" ni. Haish. Alhamdulillah dia sihat walafiat. Berat dah mencecah 5.08kg, tinggi dah 59.5cm tak silap I. BMI normal la tu kan, selim shady. Haha. 

Lepas dah berkampung hampir 3 jam di PPUM, kami singgah di Paradigm. Pejal cakap ada urutan Thai best kat sini memandangkan pinggang I ni da retak seribu. Sakit sebab push kuat sangat tak hilang lagi. -_- Ingatkan best la tapi hampeh. Habis melayang $$ I, dah la Pejal tak belanja kali ni. Baik $$ tu buat beli susu baby Aqeel, kenyang untuk 2 minggu. 

Dengan pinggang masih sengal-sengal ubi, I suruh Pejal singgah rumah Abah Mama dekat depan Paradigm tu je. (Padahal I yang drive masa tu, Pejal jadi "Mama Pejal" jap duduk belakang susukan anak. Tapi kalau u olls nak tau, memang selalu dah macam tu, Pejal bagi chance saya jadi "Papa Eli", best gak tau. Cuba-cubalah nanti k? :D). Rumah masih tak macam rumah. Belum siap sepenuhnya lagi. Tak sabar rasanya nak pindah KJ balik. Seriously. Banyak benda nak kena settle. Doa-doakanlah rumah siap masa krismas nanti. Amiiinnnn.

Okaylah, I nak layan Walking Dead episode 7 season 3. Memang up-to-the-date sangat kalau pasal cerita makan-makan orang ni. Dari sekolah menengah lagi dah berangan nak jadi macam Mila Jovongos dalam cerita zombos. Haha. Lepas geram la lepas bersalin. Masa pregnen jangan harap dapat tengok cover dvd pun kena leter. 

p/s : I tak pernah cakap life I ni perfect tau. Mana ada manusia perfect dalam dunia ni. Tom Cruise pun kahwin cerai dah 2 kali. Apadaaaa. Dah-dah jangan mengata I banyak-banyak, pergi buat kerja elok-elok. Biarkan I berperang dengan Pejal. Kami punya bahagia kami saja yang tau. :D

Wassalam.. Nite!


Tuesday, November 13, 2012

Sihat


Assalamualaikum u ollss!

Saya dah sihat! Saya dah naik turun tangga ok u olls. Bukan sebab nak tunjuk gagah tapi terpaksa sebab sekarang ni saya berpantang rumah Along. Kenapa? Mama saya tak kasi bagitau. Nanti Majlis Aqiqah Aqeel korang tau la. Doakan ada rezeki Aqeel nak buat Majlis Aqiqah tau! InsyaAllah, amiinn..

Sekarang ni Baby Aqeel pun nak tunjuk hebat sebab dia a lil bit choosy on his formula milk. Papa dia punyalah pilih yang paling terbaik iaitu susu formula Enfalac A+, sampai 3 kotak Papa dia belikan, sekali belum sempat masuk kotak ketiga, Baby Aqeel dah mula berak-berak. Sian dia..

Sekarang ni tukar kepada susu Dutch Lady 0-12Months sebab mula-mula dulu masa Baby Aqeel baru umur 3 hari, saya ada bagi dia susu ni sebab susu badan tak cukup waktu tengah-tengah malam. Menggelabah Papa dia lari jap pergi kedai. Last2 susu Dutch Lady je yang ada. Tapi Alhamdulillah Baby Aqeel serasi. 

Nak buat macam mana saya takde rezeki nak bagi susu badan. Mungkin kurang kat sini lebih kat sana. Semua percaturan dari-Nya. Saya percaya mungkin ada hikmahnya. Apa-apa pun, saya bahagia tengok Baby Aqeel membesar depan mata dengan sihat dan sempurna, InsyaAllah, Amiinn..

P/s : Mama Wan banyak tolong jaga Baby Aqeel, nanti Baby Aqeel dah besar kalau Mama Wan marah dia sebab dia notty Mama tak boleh buat apa-apa tau. Mama Wan jaga awak dari awak merah lagi. Whatever it is, Baby Aqeel loves Mama Wan so much! Muach!