Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Saturday, April 28, 2012

"7 tahun perkenalan"


Assalamualaikum..

Hari ni 29/04/2012, genap 7 tahun kami mengenali antara satu sama lain!
Pejal selalu cakap kat semua orang yang saya yang minta "couple" dulu. Ada ke patut? Mana ade! :p
Senang cerita, dua-dua menggatai masa tu okeh. Haha.
Perjalanan kami tak sama dengan orang lain. Mungkin ada yang lebih kurang sama.
Kami mula-mula kenal semasa kami buat "part time".
Saya bekerja di 1901 Hotdogs dan Pejal menjadi "promoter" Celcom, pekerjaan yang menjadikan Pejal terus berminat untuk maju salam bidang telco. InsyaAllah.



"First date" kami ialah di Chicken Rice Mid Valley. Masa tu kami naik kereta Savvy saya. Kereta tu pun da jual. Savvy kelabu BHX6869. Banyak kenangan kami dengan kereta tu. Walaupun kereta tu selalu buat hal tapi banyak tempat jugalah kami sampai dengan kereta tersengguk-sengguk tu. Haha. Termasuklah UITM Segamat tempat Pejal belajar.Masa tu Pejal bawa skuter Novvo. Pun dah jual. Novvo hijau (tak ingat no plat).
Dulu saya kenal Pejal saya memang agak nakal. Hampir setiap malam keluar dengan orang yang berlainan. Tapi sekadar kawan. Kalau ada yang nk melebih-lebih memang terus saya "reject". Tapi sejak kenal Pejal, aktiviti-aktiviti saya agak terbatas. Kalau nak pergi "clubbing" pun Pejal bising walaupun dia ikut saya pergi tapi kan Pejal tak masuk pun. Pejal tunggu kat luar. Pejal punya risau tak payah nak ceritalah. Ada sekali tu, saya duduk kat dalam club tu hanya 45 minit. Lepas tu Pejal suruh saya keluar. Hahaha. Kelakar bila ingat balik.



Tahun 2008, Abah saya "trade in" Savvy ambil MyV. Masa tu ada mulut-mulut jahat berkata yang Pejal "couple" dengan saya sebab nak tumpang kesenangan saya je. Masa tu Pejal hanya bawa motor EX5. Perit saya nak telan. Pejal ikhlas sayangkan saya. Saya tau hakikat tu. Jadi kami pekakkan je telinga walaupun Allah je yang tau macam mana kami nak menghadapi semua tu memandangkan ahli keluarga rapat pun ada yang berkata begitu. Bayangkanlah kami tak dapat sokongan keluarga masa tu kecuali Abah & Alang tak pernah pandang rendah hubungan kami. Dialah yang selalu bagi sokongan selain kawan-kawan rapat kami. Alhamdulillah.



Perkara tersebut berlanjutan sehinggalah Pejal menyatakan hasratnya nak bertunang dengan saya pada Febuari 2010. Masa tu bermacam rasa dalam otak fikiran saya ni. Gembira, sedih, terharu, takut. Tapi saya kuatkan juga diri saya memberitahu kepada Abah & Mama. Masa berlalu dengan pelbagai spekulasi,pertelingkahan & perbincangan. Pejal. Tapi akhirnya pada 1.10.10, saya dirisik oleh keluarga Pejal dan 10.10.10 saya sah menjadi tunang Pejal.
Sehinggalah kami menikah pada 11.11.11 dan sekarang kami tengah menanti anak sulung kami yang InsyaAllah akan lahir pada hari lahir saya 27.10.2012. Hehe. Alhamdulillah kami bahagia.



Untukmu Suami aka Pejal,

Terima kasih kerana banyak mengajar Sayang erti hidup susah senang bersama. Walaupun Sayang kadang-kadang ada merungut tapi Sayang hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna. Dengan B lah, Sayang belajar menunggang motor. Dengan B lah, Sayang belajar menaiki bas,ktm walaupun Sayang ada kereta masa tu. Dengan B lah, Sayang dapat merasa menaiki van putih PDC943 pergi ke One Utama. Dan sekarang, Alhamdulillah dengan B jugalah Sayang dapat merasa menaiki Mazda yang B hadiahkan sebagai hantaran kepada Sayang. Semoga kita terus dilimpahkan rezeki oleh-Nya. InsyaAllah. Amiinn. Sayang ingat pesan B, " Kita kena selalu bersabar dengan dugaan-Nya sebab Allah akan uji hamba-hamba-Nya dulu sebelum Allah limpahkan dengan kurniaan-Nya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. B akan terus berusaha untuk masa depan kita & bakal putera & puteri kita."

Sayang cintakan B sampai Jannah. InsyaAllah. Amiinn. :D



3 comments:

  1. tahniah.. smoga kekal hingga akhir hayat n bhagia slalu.. :)

    ReplyDelete
  2. Touching sungguh baca. Amin, semoga rumahtangga korang berkekalan ke akhir hayat sampai Jannah juga,

    ReplyDelete
  3. ejulz : tenkiu. InsyaAllah. Amiinn :D

    Syada : Tenkiu lalinkkk! InsyaAllah sampai Jannah. Amiinn :D

    ReplyDelete