Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 26, 2012

Perasaan seorang bakal Mama

Salam n Hye!

Pada Selasa lepas (24/04/2012), saya & pejal g wat baby checkup kat Vision College.

Sebelum tu, saya dah diberitahu bahawa akan ada seorang doktor pakar dan doktor2 lain yg masih baru akan scan baby dalam perut saya. Saya ok je. Hehe. Sampai je bilik scan, ya ampun ramainya hamba Allah! Saya hampir menarik diri kerana perasaan segan yang menebal, Tapi pejal bagi sokongan cakap "Jom je, xde ppelah".

Doktor pakar yang scan saya berbangsa "omputeh". Berbelit lidah nak menjawab soalan-soalan dia. Hahaha. Mula-mula masa scan tu, saya buat tak tau jela sebab Mama saya cakap tak nampak pape lg sebab masih kecil.

Tiba-tiba saya dengar doktor cakap "Look at the baby's fingers, isnt that lovely n very cute?!" Terus saya tengok skrin. Ya Allah! Besarnya kuasa-Mu. Saya & pejal dapat lihat baby kami tengah tekup muka dia dgn jari-jari dia yang comel tu! Lepas tu, doktor cakap lagi "Your baby is sucking the thumb finger right now. It is so adorable!" Subhanallah. Menitis air mata saya. Pejal pun da nak nangis tapi dia tahan je. Hahaha.

Nak tengok tak gambar baby kami tengah hisap ibu jari dia? Hehe. Nah! Doakan baby kami terus membesar dengan sihat dan cukup sifatnya. InsyaAllah. Amiinn. :D

P/s : Baby kami pun da pandai mengayuh dalam perut. Macam Papa dia la. Muach!




5 comments:

  1. welcome to the world beby!!

    masyaAllah, nampakk beby isap jari. tahniah eli :)

    xsabar nk tgk beby kua. semoga beby sihat dgn baik dan dan menyenangkan hati mama ye.

    jgn nakal2 beby! <3

    ReplyDelete
  2. hehe. tq honey!

    tula, InsyaAllah.

    Terima kasih byk2 sebab doakan utk baby eli. tqsm darling! :D

    Eh, cane nak add awak ye?

    ReplyDelete
  3. tq lalink!

    syada, nape x rep msg eli pn..? :(

    ReplyDelete
  4. nk folo?

    nah!

    chocolatebest.blogspot.com

    :)

    happy blogging :)

    ReplyDelete