Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 18, 2013

MAMA


Assalamualaikum..

Selamat Hari Jadi Mamaku!

Sebenarnya dah lepas (10.01.13) hari tu tapi baru sekarang berkesempatan nak hapdet belog.

"Ma, Angah doakan semoga Mama dipanjangkan umur, dapat buat umrah & haji seperti yg Mama hajati selama ni. Dimurahkan rezeki yang halal. Dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga Mama bahagia senantiasa. In Sha Allah. Amiinn."

Ma,

Walaupun Mama tak baca pun belog Angah ni tapi Angah nak cakap gak yang Angah sayang Mama sangat-sangat. Terlalu. 

Ma,

Walaupun Angah selalu je sakitkan hati Mama dari dulu sampailah Angah dah ada anak sorang ni tapi Angah nak Mama tahu yang sehari tak gaduh/bertekak dengan Mama buatkan Angah rasa sunyi sangat. Betul. Angah suka tengok Mama yang ada ego asyik nak menang je. Hehe.

Ma, 

Walaupun sekarang ni Angah dah punyai kehidupan sendiri tapi Angah tak pernah lupakan Mama di dalam setiap apa keputusan yang Angah akan/tengah/sudah buat. Mesti hati ni terdetik, "Nak minta pendapat Mama/Abah dululah". 

Ma,

Baru sekarang Angah sedar bahawa besarnya pengorbanan seorang Mama. Baru sekarang Angah mengerti perit jerih Mama mengandungkan Angah 26 tahun yang lepas, berjihad untuk melahirkan Angah ke dunia ni dan membesarkan Angah tanpa sebarang keluhan dibibirmu. Walaupun kadang-kadang tu makan minum dah tak teratur, tidur takkan pernah cukup. Terima kasih Mama. 

Ma,

Baru sekarang Angah tahu kenapa Mama risau pabila anak-anak Mama sakit walaupun hanya selsema sebab benda yang sama Angah rasa kalau tengok Aqeel tak sihat. SAMA Ma. Baru sekarang Angah tahu kenapa Mama akan membebel tak berhenti-henti kalau Angah balik lewat malam sebab Mama takut apa-apa jadi kat Angah sebab benda yang sama Angah rasa nak tinggalkan Aqeel kat babysitter. RISAU Ma.

Ma,

Angah minta maaf selama ni Angah selalu mengasar dengan Mama. Angah memang degil kan Ma? Mama pun tahu peel anak Mama yang sorang ni. Degil. Sensitif. Baran. Gila. Tapi Mama tetap terima Angah seadanya. Terima kasih Mama.

Angah sayangkan Mama sampai syurga. 

Sekali lagi, "Selamat Hari Jadi Mamaku". I love you.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment