Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, July 8, 2012

Baby Shopping Lists!


Assalamualaikum..

Semua sihat? Saya makin sihat sekarang ni. Tapi boleh dikatakan nafsu makan agak berkurangan sejak akhir-akhir ni. Mungkin baby boy saya sudah semakin besar dan menghimpit perut saya kot. Just a assumption. Hehe. Alhamdulillah usia kandungan saya sudah 6 bulan dan seterusnya meniti ke 7 bulan. InsyaAllah.

Persiapan barang-barang baby sudah hampir 90% yang sudah dibeli. Alhamdulillah rezeki baby boy saya ni murah. Ini barang-barang yang sudah dibeli :

1. Stroller

2. Baby Carrier

3. Baby Car Seat

4. Walker

5. Baby Cot + Bedding sheet + Stand + Net cot

6. Botol susu

7. Beg baby

8. Breast pump + breast padding + ice pack + storage packs + cooler bag

9. Baju + Seluar + Stokin + Topi + Sarung kaki & tangan + Kasut

10. Album baby ( dapat free masa kelas antenatal )

11. Stand toy for baby cot

12. Hammock bathtub

13. Steriliser & Warmer

Tapi saya pilih yang harganya berpatutan sebab takut jadi pembaziran jika nanti tidak digunakan dan boleh dikatakan hanya separuh yang saya beli. Yang lain semua merupakan pemberian ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Alhamdulillah. Terima kasih semua yang terlibat. :D

Lagi satu saya nak cerita sikit mengenai set selepas bersalin. Semalam saya survey beberapa orang bidan yang saya akan booking untuk urut saya selepas bersalin nanti dan kebanyakan daripada mereka cakap tak payah beli set selepas bersalin sebab nanti membazir. Nasib baik saya tak beli lagi. Huhu. And finally i had booked my massanger for my confinement period! And the price is soooooooooooo freaking cheap! Bidan tu siap bagi bengkung untuk saya + barut bay (10 helai) lagi dan mandikan baby serta uruskan tali pusat baby nanti. Yeay! Murah rezeki baby boy saya ni. Kalau tak pening kepala asyik fikir mengenai siapalah nak urut saya nanti.

P/S : Kita tidak boleh berharap sangat dengan ahli keluarga yang sudah mempunyai pengalaman bersalin sebelum ni. Mereka ni kadang-kadang kedekut nak kongsi ilmu dan pengalaman mereka sebelum ni. Tapi xpela, Allah Maha Mengasihani, hanya Dia tempat saya meminta pertolongan bukannya dari orang yang walaupun saya pernah membantunya suatu ketika dahulu tapi apabila tiba waktu saya, dia langsung tidak menanyakan apa-apa. It is ok. What comes around goes around bebeh! Chillex!

Wassalam..



No comments:

Post a Comment