Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 3, 2010

My Abah turn 54 years old today!

Hye hye darling!
This entire entry will be about my only ever Abah!
I wished Abah at 2am, 3rd oct 2010! Happy Birthday Abah! May Allah give Abah all the happiness and joy!

Jadi hari ni, Mama dan Along belanja makan kami sekerluarga sempena Hari Jadi Insan yang paling kami hormati dan sayangi, Abah. Abah pesan twister, Mama pesan dinner plate, Abang Muz pesan domino piza, Along pesan burger keju tiga lapis, Angah dan Faizal pesan footlong subway chicken teryaki, Alang dan Syerol  pesan footlong tuna, Abang pesan burger fillet dan Mika makan ayam mama wan je,hahah. yummy!

Abah
Angah selalu doakan kesejahteraan hidup Abah, kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan selalu dimurahkan rezeki oleh-Nya..insyaAllah..Abah merupakan tonggak keluarga selama ni.. Abah merupakan sumber inspirasi kami adik beradik..

Abah
Kelembutan dalam ketegasan Abah dalam mendidik Angah selama 23 tahun Angah di dunia ini menjadikan Angah banyak mengenal erti hidup yang sememangnya mencabar ini.. Tapi Abah menampakkan semua seakan mudah untuk dilalui dan diharungi..Dengan berbekal resipi, sabar, tabah, dan jangan cepat melatah dengan perangai orang sekeliling..

Abah
Angah teramat bersyukur dikurniakan Abah sebagai orang yang menjaga, melindungi Angah di dunia ini.. Tiada nilai yang dapat dibandingi dengan pengorbanan Abah terhadap kami sekerluarga selama ini.. 1 yang Angah pinta, bagilah Angah peluang untuk membalas jasa Abah walaupun tidak akan pernah cukup untuk menandingi dengan pemberian Abah selama ini..

Abah
Akhir kata, "Selamat Hari Lahir Abah!"

p/s : Tq Bah sponsor decoration hantaran! I Love u!

pejal eli 


No comments:

Post a Comment