Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 10, 2010

Tunangan orang!


Salam xoxo,
Hari ini bertarikh 10.10.10 hari yang paling ak tunggu tunggu untuk tahun ni,hari ak menjadi tunangan orang,yeay! Okay meh,ak cerita apa yang berlaku pada hari bersejarah ni,weeeeeeeeee.

Pagi2 pukul 7, mama da ketuk pintu bilik ak, "Angah bangun mandi,nanti lewat siap"..Ak terus celik,sambil fikir "Eh2,ak nk tunang da hari ni"..neves,gembira,excited sume ade okay,heeeeeeeeee.
Ein dgn Layla sleepover kt umah ak mlm tadi so diorg pn secara tak langsung terjaga. Ak minta tolong kat ein buatkan sirih junjung,maklumlah ein ialah bff ak yang multipurpose,semua kerja die boleh buat,cyang die sangat! Lepas da godam sikit2 sirih junjung tu,ak pn mandi,ein pula terus gigih sambung sampai siap!tq lalink!

Lepas mandi, Alang "blow" rambut sambil ak sempat menelefon makeup artist and hairstylist ak dan tak lupa Paan! Ak takut mereka lupa,boleh tak? dan saat paling seksa tiba,apa agak2nya? Mesti saat nak pakai KORSET! Ak memerlukan bantuan Alang dengan Layla untuk menyarungkannya cantik dan ketat di badan ak,kalaulah dirakam saat itu mesti ak tunjuk sampai cucu cicit,huahuahau. Abah sibuk mengatur kerusi dan meja bawah khemah kat depan, Mama sibuk masak sarapan pagi memandangkan katering hanya untuk tengahari, Along sibuk menggosok "veil" dan kain ak nk pakai (boleh lupa ak nk gosok), Kuchik buat2 sibuk,hahaha.

 Lepas lengkap berpakaian, ak da tak keruan duduk menunggu makeup artist and hairstylist. Mereka janji pukul 9am dan mereka memang tepati janji sampai di Giant pukul 9am, Alang yang pergi ambil mereka. Ella pun memulakan tugaskan mencalit muka ak dengan pelbagai warna yang sesuai dengan baju ak,besttttttttt,ak suka dimekapkan dan ditatariaskan..selalu berangan kalau kaya nanti ak nak hired sorang jurumekap untuk mekap ak sepanjang hidup,heeeeeeeeeeeeeeeee. Lama juga Ella makeup tapi takpe sebab ak sangat berpuas hati denga kerjanya,yeay! Pastu giliran Dessy pula mencantikkan rambut ak, sebelum dia wat rambut ak, da 3 kepala die uruskan, Alng, Alang dan Yasmin, die memang hebat! Lepas die cucuk ape yang patut, siaplah ak sebagai seseorang yang bakal menjadi tunangan orang ^_^

Rombongan lelaki janji sampai pukul 11am tapi terlewat 1 jam. So,masa menunggu tu, kami bergamba sakan dulu, habis satu rumah ak pusing nak tangkap gamba dengan keluarga, saudara mara, dan kawan-kawan rapat. Oh ya! Kawan-kawan ak yang datang ialah Layla, Ein, Mas, Aneez, Aza, Ain, Yani, Fiza, Dino, dan semestinya Paan dan Lan yang dtg sebagai seorang kawan dan jurugambar, hehe. Ha,Paan dtg lambat setengah jam, nasib baik masa dia dtg tu Ella baru mekap bahagian "base" je sempatlah paan nak kejar,haha. Dah la dtg2 buat ayat sadis, "Bertunang da kawan ak sorang ni" Naseb baik Ein menjalankan tugas dengan mencubit tangan Paan, hehe. Masa tangkap gamba tu, tangan ak sempat lagi menelefon buah hati tersayang yang bakal menjadi tunang ak hari ni, ak bertanya " Mana u ni, da pukul 11.30 da ni, Abah pn da tanya" Dia biasa la dengan perangai selambanya tu, die menjawab " Sabar la yang, jap lagi B sampai k,da dekat Giant Besar ni" dalam hati ak berdetik, "ala tipu la ni tapi ak tetap menghebohkan kat keluarga rombongan lelaki da nak smpai.

Tepat jam 12pm, selepas setangah jam Pejal cakap dia berada kat Giant besar yang hanya 5 minit dari rumah (sepatutnya la kan) rombongan lelaki sampai!! dup dap dup dap. Ak siap suruh kawan2 ak tutup lampu bilik sebab ak nak mengintai dari dlm bilik,hahaha. Pastu Ein mara, "Eli! Ko dok diam2 bole tak, jap lagi ko yang neves" betul tu sis Ein, even die muda dari ak tapi die lebih memegang watak kakak dlm hubungan persahabatan kami.hehe. Aza sibuk rakam perbincangan bahagian berbalas pantun sebab laki die, Nizam yang reka pantun tu, kredit to Nizam! Lepas tu Yani ketuk pintu sambil berkata "Eli, da boleh kuar" hish masa tu perasaan ak memang xboleh dibayangkan betapa resah gelisahnya ak,huhu. Alang dengan Mas jadi pengapit ak. Ak suruh sume keluar dulu sebab ak nak jadi org terakhir kuar dari bilik, saje nak wat suspen sikit,hahaha.

 Saat yang mendebarkan tiba apabila mak Pejal datang nak sarungkan cincin! Cincin batu dan diapit oleh 2 cincin belah rotan, total 3 cincin yang harus disarungkan! Mak Pejal pn neves,hehe. Lega, da selesai part yang paling mendebarkan ak. Alhamdulillah. Yeay! Sesi bergambar bermula kembali. Ak terasa cam artis pulak sume berebut nak bergambar dengan ak, ececeh. Lepas tu, Along buat announcement " Ok, pihak lelaki da boleh makan" Pejal pn masuk rumah.. Hensem juga tunang ak ni (cakap dalam hati jela kn) hehe. Bergambar dengan tunang pula, pastu kami potong kek tunang kami bentuk replika handbag Burberry, nice! Masa rombongan pihak lelaki nak balik, kitaorang tangkap gambar beramai2, keluarga tunang ak mmg besar, yela, aidk bradik ade 9 org, anak buah da berderet da pn, hehe.

Ak makan dengan Pejal, Paan dan Lan. Kawan2 yang lain da balik da, tq babes for coming! Pukul 4pm, ak dgn Pejal g hantar barang hantaran dari pihak perempuan sebab sekali dengan nak g jemputan kawen kawan pejal, da janji kan. Seronok ak tgk anak2 buah Pejal makan coklat, cuppies n jelly sedap kata mereka. hehe. Pastu kami pulang ke KJ, Pejal tolong kemas umah sekali. B4 tu Abah da basuh pinggan2 sume, patutnya tak payah sbb katering yang wat, tapi mmg kami sedia maklum Abah kami ni mmg suke tolong org, i luv u Abah! Lepas habis kemas, baru la, dapat mandi dan berehat.. Pejal pn balik dan hantar karpet kt Pakngah balik, 1 way je nak blk ke rumah die, tq Mr Tunang! I love 1 2 3 and infinity! muahhhhhhhh!

Tenku utk semua yang terlibat, I LOVE U ALL!
Till here.
Bye xoxo!

Pejal tunang Syairah

No comments:

Post a Comment